Bersempena ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang ke-30, Syarikat telah melancarkan peraduan ‘ The Ultimate Sports Experience – Spend & Win’ yang telah berlangsung sejak Julai 2023 sehingga Mac 2024. Hampir RM 1juta nilai hadiah yang ditawarkan, antaranya adalah telefon bimbit, perkakas rumah dan baucer tunai.
Berikut adalah senarai nama 10 pemenang:
1 | Mohd Muazzin bin Rosely | • Tiket penerbangan dan penginapan selama tujuh (7) hari enam (6) malam di Paris. • Dua (2) tiket Majlis Pembukaan Suka Olimpik 2024. | Bernilai RM 50,000 |
2 | Muhammad Adzim Imran bin Razali | • Tiket penerbangan dan penginapan selama lima (hari) empat (4) malam di Jerman. • Dua (2) tiket perlawanan akhir bola UEFA EURO 2024. | Bernilai RM 40,000 |
3 | Tan Yee Sing | • Tiket penerbangan dan penginapan selama lima (5) hari empat (4) malam di Jerman. • Dua (2) tiket perlawanan kelayakan UEFA EURO 2024. | Bernilai RM 35,000. |
4 | Wan Muhammad Izha bin Wan Shamsorlallah Said | • Tiket penerbangan dan penginapan selama empat (4) hari tiga (3) malam di Stadium Anfield. • Dua (2) tiket perlawanan EPL. | Bernilai RM 25,000 |
5 | Mohammad Yusof bin Mohammad | • Tiket penerbangan dan penginapan selama tiga (3) hari dua (2) malam di Sinagpore. • Dua (2) tiket Formula One Grand Prix. | Bernilai RM 12,500 |
6 | Mohamad Lutfi bin S H Dial Sebri | • Pengalaman Perlumbaan di Litar Antrabangsa Sepang. | Bernilai RM 10,000 |
7 | Mohamad Hazim Bin Mohd Noor Shaharuddin | • Baucer Tunai | Bernilai RM 7,500 |
8 | Nur Muhammad Akmal Bin Roslan | • Baucer Tunai | Bernilai RM 7,500 |
9 | Mohammad Faizal Bin Mat Isa | • Baucer Tunai | Bernilai RM 7,500 |
10 | Siti Nurnida | • Baucer Tunai | Bernilai RM 7,500 |
Tidak diragukan lagi, kehadiran Al-Ikhsan selama 30 tahun di Malaysia, sedar atau tidak, telah mempengaruhi lebih ramai peminat sukan untuk kekal aktif dengan Al-Ikhsan Sports, yang dikenali sebagai pusat runcit sukan berkualiti menawarkan harga yang berpatutan dari pelbagai jenama antarabangsa termasuk jenama dalam (in-house brand) seperti AL dan ALX.
MENGENAI AL-IKHSAN SPORTS SDN BHD
Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai berkeluasan 150sqft di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan kini telah berkembang kepada 188 kedai di seluruh Semenanjung Malaysia.
Al-Ikhsan bertujuan untuk menyediakan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang sihat dan sporty serta memberikan pilihan yang luas kepada peminat bola sepak tempatan.
Pada tahun 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) melabur sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan Sports telah diperkukuh dari segi penjenamaan dan merekodkan perkembangan yang lebih kukuh.
Al-Ikhsan Sports juga telah menerima pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan.