in , ,

Senarai Pemenang HONOR Talents Global Design, Ini 6 Pereka Malaysia Berbakat

Rekaan seni dari seluruh dunia bakal bertanding untuk pengiktirafan komuniti HONOR!

Pertandingan HONOR Talents Global Design telah tamat selepas menerima ribuan penyertaan di seluruh dunia. Membanggakan apabila enam karya hasil pelajar universiti Malaysia berjaya memenangi 6 Anugerah Antarabangsa. 

Salah seorang pemenang, pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Hoh Sheng Yue merangkul tempat pertama dalam Kumpulan Rekaan Terbuka menerusi karya berjudul In The Heart of Nature. 

HONOR Talent_for PR

Inspire The Future memberi pengiktirafan global kepada bakat muda 

Pertandingan HONOR Talents Global Design bertujuan mengangkat rekaan artistik perintis muda dengan matlamat menggerakkan sumber jenama HONOR, menyokong, memperkasa dan memelihara keaslian rekaan inovatif.

Bertemakan Inspire the Future, perkataan Future mewakili anak muda dan inovasi, mengimplikasikan golongan tersebut mempunyai bakat dalam meneroka dan mencipta kecantikan menerusi karya seni. Pertandingan berperingkat global ini dinilai barisan panel yang terdiri daripada jurugambar terkenal antarabangsa dan golongan profesional dalam industri. Barisan juri menilai hasil seni bagi wallpaper, foldable wallpaper, jam tangan, rekaan terbuka, rekaan seni interaktif AR, dan rekaan pemasangan seni interaktif. 

Senarai penuh pemenang boleh dilihat di https://www.hihonor.com/honor-talents/my/ 

HONOR Talent_for PR
HONOR Talent_for PR
HONOR Talent_for PR
HONOR Talent_for PR

HONOR Talents bekerjasama dengan universiti dan kolej tempatan bagi membuka peluang untuk bakat muda 

HONOR Talents merupakan pertandingan peringkat global, manakala seni reka menekankan tema meneroka. 

Dengan ini, HONOR Malaysia bekerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, antaranya Era Technology Communication Art & Design, Universiti Multimedia (MMU); Universiti Taylor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi memberi motivasi kepada industri kreatif Malaysia serta pelajar-pelajar untuk menghasilkan karya seni paling innovasi. 

Peserta boleh menghasilkan seni abstrak, warna komplimentari, gouche, grafik, kinetik, mozek, atau apa-apa sahaja corak seni yang asli dan bebas ditonjolkan dalam dunia prinsip seni reka. 

Semua rekaan ini telah mewakili Malaysia untuk bersaing dengan karya terbaik di seluruh dunia selain merebut hadiah kategori Anugerah In-School bernilai sehingga RM70,000. Hadiah merupakan produk terbaharu HONOR iaitu HONOR 70, HONOR MagicBook 14 2022, HONOR Pad 8 dan HONOR Earbuds 3 Pro. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYAFEEK IKHWAN

Syafeek Ikhwan Tutup Tahun 2022 Dengan Single Terbaharu Berjudul LAFAZ

CEDDY

Pempengaruh Ceddy Ajak Siti Nurhaliza Untuk Kolaborasi di Tahun 2023