Pertama sekali, nak ucapkan tahniah kepada semua finalis yang tercalon dan pemenang untuk DiGi Wwwow Awards yang telah berlangsung semalam (13 Julai 2011) di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre Sentul Park, Jalan Strachan, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Bagi Budiey, anugerah ini bukan berdasarkan sejauh mana seseorang blogger itu popular, tapi sejauh mana atau sekuat mana seseorang blogger itu berusaha keras mempromosi orang ramai supaya mengundi. Jadi, senang cerita, siapa yang dapat undian yang banyak dia yang menang. Terbukti, ramai penulis blog yang popular kalah di tangan blogger yang tak berapa dikenali. Ini dah jadi lumrah untuk anugerah yang berformatkan undian dari orang ramai seperti ini.
VIDEO BUDIEY JADI PENYAMPAI ANUGERAH
Budiey juga turut dijemput oleh penganjur iaitu MSN untuk menyampaikan anugerah kepada pemenang bagi kategori The Fave Malaysian Male Online Celebrity yang mana dimenangi oleh Nicholas Teo yang mana telah mengecewakan peminat kepada nama-nama besar seperti Zizan Raja Lawak, Shahir AF8, Aznil Haji Nawawi, Faizal Tahir dan Aizat Amdan. Budiey digandingkan dengan wakil dari Catcha untuk menyampaikan anugerah itu, malangnya Nicholas Teo tak hadir.
Antara selebriti yang hadir semalam ialah Ezlynn dan Juliana Evans.
Dihoskan oleh pengacara yang berbakat besar iaitu Baki Zainal yang kini mengacara prpgram Sejuta Impian di TV3 bersama Naz.
Kepada pembaca yang masih belum tahu apa-apa tentang anugerah pertama kali dianjurkan oleh DiGi ini, pencalonan telah bermula dipenghujung April 2011 lalu dengan sambutan yang amat menggalakan. Hashtag untuk #didiwwwow di tag beribu-ribu di twitter, awards name pula generated dalam 2.77 juta hasilan carian di Google Searchdan website www.wwwow.my pula mendapat hits lebih 520,000 pengunjung dan 2.6 juta page views. Dalam tempoh 2 bulan selepas nominasi, penganjur menerima 5,195 pencalonan yang dihantar oleh pengguna internet. Anugerah ini telah menerima sebanyak 235,175 undian. Satu angka yang besar juga.
Setelah lebih daripada 5,195 penyertaan dan juga 235,175 undian, maka semua pemenang menerima trofi dan hadiah mereka. Berikut adalah pemenang untuk semua 16 kategori yang dipertandingkan:
- Fave Person Under 15 : Let It Be
- Fave Person Over 40 : Brandjontan
- Best Internet Good Award : Petfinder.my
- Online Story Of The Year : Suzuki AFF Cup
- Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy
- Fave Malaysian Male Online Celebrity: Nicholas Teo!
- Fave Tech Head : The Techno Hut
- Must-Follow Personality : Anwar Hadi
- Online Shop Of The Year : Karysma Beads and Sequins
- Picture Of The Year : Beautiful White Orchid
- Top Kay Poh : Lee Zi Wen
- Top LOL : Blog Serious
- Top Makan-Makan Expert : Oh!Malaysia
- Video of The Year : Anwar Hadi
- Best Internet For All Idea : A.F.O Radio
- Blogger of the Year : Anwar Hadi
Seronok dapat bertemu dengan blogger yang mana blog mereka aku singgah setiap hari, antaranya Wilson Ng, penulis blog makan-makan dan travel PlacesAndFoods.com yang turut tercalon sebagai finalis.
Bersama blogger Adza Irdawati aka Mak Dara yang mana beliau merupakan isteri kepada penulis skrip tersohor Martias Ali. Merupakan finalis dalam beberapa kategori.
Ini dia blogger The Techno Hut yang berjaya mengalahkan penulis blog popular Amanz Network untuk kategori Fave Tech Head Award
Kekalahan Amanz Network memberi tamparan hebat kepada penyokong blog gadget terkenal itu dan selepas itu timbul rumors yang mengatakan ada ketidak telusan dalam pengundian dan ada desas desus mengatakan adanya scam dalam sistem undian.
Budiey sempat melihat persembahan Aizat yang turut menghiburkan hadirin dengan lagu Sungai Lui.
Ini gambar yang Budiey ambil dengan menggunakan apps Instagram di iPhone4 ya:
Bersama penyanyi remaja @azizizakari di #wwwow digi awards
With host of the nite @bakizainal #wwwow #digi
With Haniff Era FM di #wwwow #digi
Dgn big boss Nuffnang, Timothy Tiah.
Yeay, editor Media Hiburan @meenzuleyka dtg support #digiwwwow. Apa taknya, Media Hiburan kat salah satu penaja anugerah ni.
Bersama Wilson Ng, penulis blog makan-makan dan travel PlacesAndFoods.com.