Pemenang bertuah Douglas Yip dari Alor Setar membawa pulang hadiah utama berupa tempat duduk percuma penerbangan AirAsia selama setahun serta hadiah-hadiah menarik lain bernilai RM180,000 berikutan sambutan ulang tahun ke-14 syarikat penerbangan tersebut yang diadakan di gateway@klia2 hari ini.
Douglas Yip berjaya menjadi pemenang daripada 14 orang peserta telah disenarai pendek dari 1000 penyertaan dari seluruh negara yang diterima dari 14 Disember 2015 hingga 27 Disember 2015. Peserta-peserta akan berentap di sekitar gateway@klia2, juga merupakan penaja tempat bagi melengkapkan tugas dan aktiviti-aktiviti.
Pemenang AirAsia Anniversary Challenge diumumkan!
[dropcap]D[/dropcap]ouglas Yip Kok Hou (Umur 34) telah memenangi tempat duduk penerbangan percuma selama setahun kemana-mana destinasi yang dikendalikan oleh AirAsia dan AirAsia X, perlindungan insurans perjalanan Tune Protect selama setahun, 140,000 mata ganjaran BIG, baucer membeli-belah Lazada bernilai RM3,000 dan juga baucer tunai hotel AirAsiaGo bernilai RM1,400.
Spencer Lee, Ketua Komersil AirAsia Berhad berkata,
“AirAsia Anniversary Challenge ini adalah satu penghargaan buat tetamu AirAsia diatas sokongan mereka selama ini. Mereka akan dapat mencuba pelbagai produk inovatif dan perkhidmatan yang telah kami perkenalkan sebelum ini semasa cabaran tersebut. Kami berharap mereka akan bergembira menyertai acara ini disamping berpeluang memenangi tempat duduk penerbangan percuma selama setahun daripada AirAsia.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan niaga dan penaja yang bersama kami meraikan sambutan ulang tahun ke-14 ini. AirAsia akan terus mengotakan janji kami iaitu membolehkan lebih ramai orang terbang serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk para tetamu kami dengan cara yang baru dan inovatif supaya dapat meningkatkan pengalaman perjalanan mereka bersama kami.”
“Bersempena Tahun Monyet yang akan menjelma, kami telah menyediakan pelbagai tawaran yang menarik setiap minggu sehingga Tahun Baru Cina yang akan datang; selain tambang rendah dari RM28* sehala ke seluruh destinasi, kami juga akan memberikan 188** tempat duduk Hot Seat bagi mereka yang lahir pada tahun monyet. Tetamu juga boleh membuat pilihan produk bebas cukai yang bertaraf dunia; melalui AirAsia BIG Duty Free dengan harga dari serendah USD$8.
Sejumlah 888,888 Mata Ganjaran BIG AirAsia juga akan diberikan apabila tetamu menempah tiket penerbangan AirAsia dari sekarang sehingga 15 Februari 2016, ” tambah Encik Spencer Lee.
Selain Hadiah Utama, peserta juga berpeluang untuk memenangi baucar membeli-belah dari Lazada sehingga RM20,000, perkhidamatan data TuneTalk selama setahun, kad BIG Prepaid dan banyak lagi semasa pusingan akhir cabaran hari ini.
Douglas Yip dari Alor Setar berjaya memenangi tempat duduk penerbangan percuma selama setahun berserta hadiah-hadiah menarik lain bernilai RM180,000
AirAsia Anniversary Challenge juga ditaja oleh MasterCard dan Tune Protect, dengan sokongan AirAsia BIG Loyalty Programme, AirAsiaGo, Tune Hotels, Tune Talk dan Lazada Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tambang promosi termasuk semua yang disebut adalah bagi perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk terma dan syarat.
**Naik taraf percuma untuk tetamu yang lahir pada tahun monyet adalah bergantung kepada terma dan syarat.