MAXIS MEMUPUK GENERASI BARU ATLET MALAYSIA BERTARAF DUNIA
Generasi baru Duta Sukan Maxis teruskan komitmen dalam mengejar impian kejayaan
Maxis Berhad (‘Maxis’), peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, meneruskan komitmennya untuk memupuk atlet Malaysia yang terbaik dan paling berdedikasi apabila ia menandatangani sekumpulan daripada mereka sebagai ”Maxis Sports Ambassadors” atau Duta Sukan Maxis. Mereka masing-masing dengan cara yang tersendiri, telah mendemonstrasikan bahawa bakat, kegigihan dan semangat merupakan komponen yang sangat penting dalam membentuk impian Malaysia yang berjaya.
Antara atlet-atlet yang dinamakan Duta termasuk wira badminton negara Dato’ Lee Chong Wei, Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat; pemain skuasy Azlan Iskandar; pelumba basikal Azizulhasni Awang; dan penerjun Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee. Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, dengan kehadiran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Yang Berbahagia Dato’ Zolkples Embong. Ketua-ketua persatuan rasmi untuk sukan Badminton, Skuasy, Berbasikal, dan Renang juga hadir pada majlis tersebut. Program baru “Maxis Sports Ambssadors” ini adalah lanjutan daripada kempen “Committed to the Dream” Maxis 2010, yang menampilkan lagenda bola sepak Malaysia yang telah membawa sukan itu ke puncak antarabangsa.
Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda berkata, “Tahniah kepada Duta Sukan Maxis untuk setiap langkah perjalanan yang telah mereka ambil ke arah menjadi yang terbaik dalam bidang mereka. Dalam industri kami, Maxis dengan cara yang sama juga komited kepada matlamat kami, iaitu memperkaya kehidupan lebih dari 14 juta rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bersepadu; perkhidmatan yang mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan rakyat sesebuah negara. Hari ini, kami gembira dan bangga untuk langkah ke hadapan sebagai ahli industri swasta untuk menyokong juara sukan negara dan bersama-sama, berusaha ke arah tahap pencapaian nasional dan kepuasan peribadi yang lebih tinggi.”
Untuk membantu Duta Sukan Maxis terus berhubung dengan sistem sokongan mereka sama ada ketika latihan atau pertandingan, berhampiran atau jauh dari rumah, Maxis menyediakan setiap Duta dengan dua telefon mudah alih dan satu peranti tablet pilihan mereka yang dilengkapi dengan sambungan berkelajuan tinggi dan penuh, serta pakej jalur lebar tanpa wayar. Peranti terpilih termasuklah iPhone 4 dan iPad 2, hingga ke BlackBerry Bold dan Samsung GALAXY S II dan Samsung GALAXY Tab.
Maxis juga akan menyediakan setiap Duta dengan gaji bulanan, dan dengan bonus prestasi dalam dua kategori: Pertama, bagi setiap tahun Duta tersebut meneruskan komitmennnya dalam program ini, mereka layak menerima gaji bulanan tambahan untuk mengekalkan kedudukan dunia yang sama, dengan wang saku tambahan bulanan bagi setiap lonjakan dalam kedudukan dunia. Kedua, setiap pemenang pingat emas, perak atau gangsa di Sukan Olimpik 2012 yang akan datang akan layak untuk menerima bonus durian runtuh setimpal dengan kemenangan mereka.
Dalam bidang kecemerlangan sukan, Maxis telah sejak 2007 dan akan juga untuk musim 2012/2013, dengan bangganya menaja dan membawa kepada para pelanggan Barclays Premier League. Pada tahun 2010, Maxis merupakan penaja utama Piala Dunia FIFA di Malaysia, dan telah menyampaikan liputan langsung semua 64 perlawanan dan kandungan yang berkaitan kepada pelanggan, dan menjadi tuan rumah Piala Cabaran Maxis di negeri-negeri Pantai Timur untuk menyuburkan bola sepak di peringkat akar umbi. Maxis juga pada 2010 melancarkan aplikasi percuma untuk peminat pasukan Lotus Racing untuk mengikuti pasukan mereka; dan baru-baru ini pada bulan April 2011, telah melancarkan dekad kedua Maxis Team Golf Tour (MTGT), acara golf amatur berpasukan yang terbesar di Malaysia.
Maxis menawarkan pelanggannya pengalaman sukan bersepadu, dan menyampaikan kepada skrin tetap atau mudah alih mereka maklumat dan berita terkini bola sepak, F1, tenis dan golf, dengan langganan di WAP portal Maxis di m.maxis.com.my atau melalui portal MyLaunchPad.
Maxis tetap komited kepada impian untuk memperkayakan hidup melalui persambungan, perkongsian dan kegembiraan bersama. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai generasi baru “Maxis Sports Ambassadors” dan mengikuti perjalanan mereka dalam memenuhi impian negara, sila lawati www.mylaunchpad.com daripada hari Sabtu, 9 Julai.
Akhir sekali, program “Maxis Sports Ambassadors” ini juga jatuh di bawah payung pembangunan bakat tempatan untuk Maxis. Dalam bidang pembangunan bakat, sejak tahun 2005, Maxis telah melabur lebih RM20 juta dalam Anugerah Biasiswa, memenuhi impian 100 mahasiswa Malaysia untuk menyambung pelajaran di universiti dalam dan luar negara. Akademi Maxis juga menjalankan pembangunan kepimpinan, latihan pengurusan dan program lain, yang memanfaatkan lebih 3,000 tenaga perkerjanya. Dalam bidang pendidikan ICT dan akses yang sama, Maxis merupakan penyumbang terbesar kepada program USP (Universal Service Provision) Kerajaan, serta telah memberikan pendedahan kepada 8,500 pelajar dan guru dari 1,500 sekolah melalui Kem Maxis Cyberkids dan sesi latihan untuk merapatkan jurang digital.