[dropcap]K[/dropcap]eseluruhan yang dapat Budiey katakan, tahun 2012 memang kita kebanjiran filem. Semuanya berjumlah 73 filem berbanding tahun 2011 iaitu 42 filem sahaja. Berlambak filem ditayangkan di pawagam tapi kutipannya sangat rendah berbanding tahun 2011.
Dalam jumlah itu, sebanyak 38 buah filem 2012 telah mengalami kerugian apabila kutipan sangat sedikit di bawah kos pembikinan. Contohnya, filem yang berkos setinggi RM1juta tapi mendapat kutipan hanya RM50,000.
Tahniah buat MIG di atas kejayaan filem Adnan Sempit 2 yang berjaya mendapat kutipan paling tinggi iaitu RM6.82 juta. Sekaligus melakar sejarah menjadi jumlah paling tinggi setakat ini dengan perbandingan lebih RM5 juta berbanding tahun lalu RM11 juta untuk filem KL Gangster.
[pullquote align=”right”]Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kutipan untuk 68 filem sehingga November 2012 hanya RM92 juta. Ianya dikatakan tak seimbang dari segi perolehan.[/pullquote]
Tak kurang, dari segi kejayaan, filem kita telah diterbangkan jauh ke negara luar dan berjaya mengetengahkan nama negara. Contohnya, filem Bunohan yang menang di Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse 2011 dan dinobatkan dengan anugerah tertinggi di Jogja Asian Film Festival (JAFF) yang berlangsung Disember lalu. Lagi sekali, filem Bunohan diangkat sebagai filem terbaik dan pengarahnya Dain Said turut menang trofi Lakon Layar Terbaik Filem. Syabas filem Malaysia!
Dari tahun ke setahun, Budiey perhatikan genre filem Malaysia tak banyak berubah. Penerbit filem masih berpegang teguh dengan pendirian mereka dengan mengatakan filem cinta masih mendapat tempat di hati penonton. Trend sikit berubah apabila ramai penerbit mempercayai filem cinta yang diadaptasi dari novel mempunyai pengikut yang agak ramai. Kejayaan filem Ombak Rindu yang berjaya mengutip RM10 juta membuktikan filem adaptasi dari novel popular boleh bikin wang dan sejurus selepas itu beberapa filem dengan formula yang sama dihasilkan.
Tidak kurang, genre cinta mendapat saingan hebat dari genre seram dan genre lagak aksi ngeri, ganas dan ala gengster. Ternyata, kita agak sukar untuk meramal citarasa penonton Malaysia sekarang ini. Begitu juga kejayaan sesebuah filem, ia banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran dan juga suasana gelombang semasa.
Terbukti, apabila filem cinta romantik adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan 2 – Katerina yang menampilkan Farid Kamil, Maya Karin & Bront Palarea hanya bisa mengutip RM1.8juta penonton walaupun rangka promosinya agak hebat. Angka kutipan ini agak sedikit jika dibandingkan dengan sekuel pertamanya.
Nak kata, pelakon tidak popular, ia ternyata tidak benar sama sekali. Jadi, boleh kita katakan kat sini, kejayaan dan kutipan sesebuah filem tak bergantung kepada pelakon ternama dan glamor. Bagi Budiey, sekarang ini zaman peminat mendengar dan terpengaruh dari faktor mulut ke mulut. Jangan salah sangka yang lain pula, mulut ke mulut ke sini, contohnya, kita terpengaruh kepada kawan kita yang sudah menonton filem ini, membaca rebiu filem di Facebook dan di Twitter. Ya, sekarang zaman sosial media. Tidak dapat tidak, rangka promosi filem juga turut berubah.
Penerbit seperti MIG pula masih percaya dengan genre filem cinta Islamik lantaran ramai sekali kita lihat artis wanita sudah pun berhijrah untuk bertudung. Satu perkembangan yang sihat sebenarnya kerana kita masih lagi tinggal di sebuah negara Islam. Ini satu cermin dan imej pada negara. Lalu, terbitlah filem religi seperti 7 Petala Cinta dan Salam Cinta. Walaupun dianggap kurang menjadi dan kutipan pun tak sampai sejuta, sekurang-kurangnya filem islamik menjadi antara alternatif untuk penonton pelbagai lapisan masyarakat. Usah bandingkan filem religi dari negara Indonesia yang mana mereka sebenarnya pakar dalam pembikinan filem sedemikian, kalau tidak, filem Ayat-Ayat Cinta taklah meletop sampai di Malaysia.
Budiey rasa, sudah tiba masanya penerbit filem di Malaysia memikirkan formula lain untuk meningkatkan jumlah kutipan. Pertama dari segi kualiti filem itu sendiri. Kalau setakat filem tu bertaraf drama, elok sahaja dijual kepada stesen TV kerana ini akan memberikan gambaran yang sangat buruk kepada industri kita. Sejauh mana tahap atau batu pengukur filem itu sekadar sama taraf dengan drama boleh diukur dengan menilai kepuasan penonton. Teknologi dunia perfileman di negara kita juga tak banyak diperkenalkan dan dieksplorasi sepeenuhnya. Masing-masing mahu mencari jalan yang selamat. Tidak mahu mengeluarkan modal yang besar untuk menjadikan filem kita bertaraf dunia. Itu yang jadi masalahnya.
Ternyata ada yang kata, buat filem dengan modal yang besar pun tak semestinya mendapat kutipan yang tinggi. Itu masalah orang kita yang hanya menilai dari sudut yang negatif. Stigma filem kita hanya laris jika penonton suka tak kira ia bermodal besar atau kecil, janji penonton suka, dekat dengan jiwa penonton, sudah tentu ia akan meletop.
Tidak kurang, industri filem kita didatangi oleh syarikat yang baru setahun jagung mahu mencuba nasib mahu mengutip keuntungan secara cepat. Itu tak salah sebenarnya. Kadang-kadang, penerbit mee segera dianggap mahu mencuba test market dan sesudahnya gulung tikar. Pada mereka filem yang dihasilkan hanya untuk trial & error. Sepatutnya, untuk menjadikan filem itu bagus, mereka boleh berkolaborasi dengan penerbit yang berpengalaman yang tahu tentang selok belok menghasilkan filem bermutu.
Faktor penurunan kutipan filem:
- Skim Wajib Tayang yang menampilkan 2 – 3 buah filem ditayangkan serentak dalam satu minggu
- Adanya Astro First, penonton tidak lagi berpusu-pusu ke pawagam kerana boleh menonton di kaca TV dua minggu selepas tayangan di pawagam.
- Kemerosotan ekonomi global
- Peminat filem semakin berkurangan dan minat mereka tidak lagi kepada filem Malaysia gara-gara filem Malaysia tidak bermutu dan dibuat secara lewa.
- Ramainya penerbit-penerbit filem baru yang mencuba menghasilkan filem
Apa yang kita harapkan di tahun 2013 ialah… industri perfileman kita terus berkembang, bukan dari segi kutipan malah kita terus mencipta sejarah di luar negara dengan menghasilkan filem bermutu yang dianggap superb! Berilah suntikan yang penuh bermesej tapi dalam cara yang bersahaja dan sesuai dengan senario penonton kita.
Tahun 2013 ini, banyak lagi filem yang dah siap menanti untuk ditayangkan di pawagam. Antaranya filem Hanyut arahan U-Wei dan Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Filem Hanyut dikatakan filem yang dinantikan kerana ramai yang nak tengok kos sebanyak RM13 juta yang digunakan itu berbaloi atau tidak.
Filem-filem lain yang menanti di tahun 2013 ialah Minyak Dagu, Wawa Semput, Laga, KL Gangster 2, Kerat 14, Bro Nampak Motor Gua, Mamak Cupcake, KIL< Papadom 2, Oh Mak Kau, Bikers Kental, 2 Kalimah, Usin UFO, Sunti@FB,com, Sentuhan Malam Pertama, Penanggal, Jwanita, Sembunyi, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dan Juvana.
Kutipan Paling Tinggi Filem Malaysia 2012:
- Adnan Sempit 2 – RM6.82 juta
- Bohsia Jalan Kembali – RM4.98 juta
- Mael Lambong – RM4.88 juta
- Istanbul Aku Datang – RM3.58 juta
- Hantu Gangster – RM3.45 juta
- Hantu Kapchai – RM3.19 juta
- Aku Terima Nikahnya – RM2..75 juta
- Bujang Terlajak – RM2.6 juta
- Jangan Pandang Belakang – RM2.51 juta
- 8 Jam – RM2.3 juta
- Vajram – RM9,000
- Leftwings – RM20, 000
- Cinta Beruang – RM50,000
- Zaiton Ceritaku – RM59,000
- Adutha Khattam – RM60,000
- Airmata Ibu – RM70,000
- Chantek – RM100,000
- Momok Jangan Cari Pasal – RM130,000
- Sofazr The Movie Jiwa Kacau – RM150,000
Berikut adalah senarai kutipan semua filem Malaysia yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2012:
- Sesuatu Yang Tertinggal – RM690,000
- Keramat – RM1.39 juta
- Bujang Terlajak – RM2.60 juta
- Sumpahan Kum Kum – RM2.06 juta
- Azura – RM1juta
- Hantu Dalam Botol Kicap – RM1.86 juta
- Chantek – RM100,000
- Adnan Sempit 2 – RM6.82 juta
- Cinta Kura-Kura – RM1.17 juta
- Bunohan – RM780,000
- 7 Petala Cinta – RM1.03 juta
- Jidin Sengal – RM710,000
- Jangan Pandang Pandang – RM2.51 juta
- Temujanji – RM700,000
- Uncle Usin – RM1 juta
- Berani Punya Budak – RM1.13 juta
- Chow Kit – RM450,000
- Nongkrong – RM2.12 juta
- Mantera – RM350,000
- Aku Ada, Kau Ada – RM1.21 juta
- Hoore! Hoore! – RM350,000
- Man Sewel – RM1.21 juta
- Gerimis Mengundang – RM220,000
- X – RM200,000
- Jalan Kembali – RM4.98 juta
- Jiwa Taiko – RM620,000
- Hanya Aku Cinta Kau Seorang – RM180,000
- Mael Lambong – RM4.88 juta
- Baik Giler RM38,000
- Aku, Kau dan Dia – RM160,000
- 8 Jam – RM2.3 juta
- Momok Jangan Cari Pasal – RM130,000
- Hantu Gangster – RM3.45 juta
- SAM – RM1.88 juta
- Seram Sejuk – RM920,000
- Leftwings – RM20,000
- 29 Februari – RM370,000
- Salam Cinta – RM260,000
- Hantu Air – RM680,000
- Halimunan – RM490,000
- Untuk Tiga Hari – RM860,000
- AH BENG THE MOVIE: 3 WISHES – RM7.6 juta
- Aji Noh Motor – RM220,000
- Hantu Kapcai – RM3.19 juta
- Sofazr The Movie – RM150,000
- Tai Kun – RM780,000
- Ngorat – RM780,000
- Aku Terima Nikahnya – RM2.75 juta
- Cinta Beruang – RM50,000
- PE3 – RM1.18 juta
- Apa Celop Toqq – RM1.07 juta
- Aku Budak Pailang – RM960,000
- Zaiton Ceritaku – RM59,000
- Aji Boy – RM710,000
- Istanbul, Aku Datang – RM3.58 juta
- Ponti VS Orang Minyak – RM1.71 juta
- Sepah The Movie – RM2.12 juta
- Lagenda Budak Setan 2 – Katerina – RM1.8 juta
- Strawberi Cinta – RM540,000