Dengan tema Cari Makan, Naqiu Boboi paling mencuri tumpuan dengan menyampaikan lagu Meraung nyanyian asal kumpulan New Boys.
12 bintang mara ke konsert ketiga, langkah Mazleela terhenti di minggu kedua apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Bintang dari Singapura, Hady Mirza dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power untuk dengan hasil ‘tembakan tepat’ menerusi lagu Demi Cinta.
Hady menerima hadiah istimewa berupa RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.
Manakala Jatt Ali meraih anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang penapis dan pengering udara bernilai RM2,800.
Pada persembahan minggu kedua, kesemua bintang GV2019 menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.
Rata-rata bintang menerima pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datin Paduka Julie Sudiro.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Naqiu Boboy – Meraung (81%)
Datin Paduka Julie Sudiro: Sedap suaranya. Awak menghayati lagu dengan baik. Dengan suara yang rock, overall okay.
Datuk Ramli MS: Orang gila sahaja yang menyanyi macam ni.
2. Hady Mirza – Demi Cinta (77%)
Datik Paduka Julie Sudiro: Teknik pernafasan bagus. Sebutan agak tak jelas, cahaya atau caya. Boleh dimaafkan. Lirik better lebih jelas dengan gaya bercerita.
Hetty Koes Endang: Interpretasi cukup dengan apa yang disampaikan, bagus. Warna vokal jelas, bagus. Apa lagi saat hujung tembakannya dapat. Saranan bonda, mic key hati-hati dengan nada rendah. Overall, bonda suka.
3. Sham Visa – Untukmu Selamanya (73%)
Datuk Ramli MS: Kamu banyak peningkatan berbanding minggu lepas. Nyanyian jelas cuma perlu lebih maskulin. Rempit lagi! Jangan k-pop sangat. Lebihkan imej rockers.
Hetty Koes Endang: Lebihkan keyakinan. Kamu terlalu banyak tunduk, jangan malu. Ini pentas kamu, manfaatkan tiga minit yang ada untuk tatap penonton.
4. Nurfatima – Terlalu Cinta (72%)
Hetty Koes Endang: Saya lebih suka minggu ini berbanding minggu lepas. Kerana kamu menyanyi lagu orang dan berbeza daripada penyanyi asal. Kamu bawa lagu ini dengan cara tersendiri. Dari awal sampai akhir semuanya menurut bonda, the best.
5. Feeza – Cinta Tersimpul Rapi (70%)
Datuk Ramli MS : Hari ini kamu menyanyi ikut muzik, sedap. Sekarang dah faham teknikal, sangat bagus. Berubah daripada minggu lepas.
6. Wann – Lamunan Hati (68%)
Datin Paduka Julie Sudiro: Pada awal macam kurang pernafasan.
Hetty Koes Endang: Bonda lebih suka minggu ini dari minggu lepas. Kamu mendengar apa nasihat bonda. Sukses buat Wan.
Datuk Ramli MS: Wan suara macam telan kaset. Sedap, saya tak jumpa bahagian yang sumbang.
7. Roy – Jerat (66%)
Datin Paduka Julie Sudiro: Saya suka suara Roy. Alhamdulillah, rentak sangat sesuai dengan Roy.
8. Noorshila Amin – Kad Ucapanmu (65%)
Datuk Ramli MS: Terlalu banyak teknikal. Kamu terlalu utamakan nada yang tinggi, jaga-jaga. Menyanyi harus merasa. Minggu depan utamakan jiwa.
9. One Nation Emcees – Raja Gelek (62%)
Datuk Ramli MS: Wow, tenaga macam naga! Saya suka kamu punya kolaborasi menari, sangat bertenaga. Tapi ini lagu sendiri, saya nak tunggu minggu depan.
10. Kool – Kau Dan Aku (60%)
Hetty Koes Endang: Vokal Hairi terlalu menonjol dah kelihatan dominan. Jangan terlalu nampak kamu terlalu memikirkan step terutamanya bila nak buka payung. Harmoni itu penting kalau berduet. Minggu depan perbaiki apa yang kurang.
11. Jatt Ali – Dulu & Sekarang (57%)
Hetty Koes Endang: Tidak ada masalah pernafasan, sangat bagus. Kamu boleh ajak penonton menyanyi bersama supaya tidak nampak sunyi. Harus pandai mencari lirik yang boleh sing along.
12. Ameer Sofazr – Dan Bila Esok (54%)
Datuk Ramli MS: Vokal kamu bergoyang, tak stabil. Energi patut diletakkan pada lirik. Agak teruk jika nak dibandingkan dengan standard TV. Lain kali harus lebih padu.
Hetty Koes Endang: Tak perlu meneran untuk nyanyi lagu rock. Feel harus ada. Padam sikit emosi kamu sebab bila beremosi, vokal jadi tak stabil.
13. Mazleela – Apa Khabarmu Di Sana
Hetty Koes Endang: Bernyanyi seperti berbicara yang diberi notasi menjadi lagu. Bonda lihat dari awal sampai akhir, jangan menyanyi macam berat, relaks saja. Nada kontrol agak susah, banyak yang flat di bawah nada. Banyakkan latihan tapi malam ini kamu cantik.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Sumber: Astro Gempak