in

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2013

Semalam, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) telah berlangsung dalam suasana yang meriah, happening, lancar dan boleh Budiey katakan antara penganjuran yang sangat grand dengan berlokasikan Stadium Melawati, Shah Alam berbanding tahun-tahun sebelum ini yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC. Bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam di TV3, ASK2013 diacarakan oleh Awal Ashaari, Nad Zainal dan Faizal Ismail. Bagi Budiey, tema ASK tahun ini berjaya menghiburkan penonton berbanding tahun lalu yang menggunakan tema teater. Orang kita bab-bab teater ni memang kureng sikit. Boring kata mereka. Jadi, tema kaca yang mengangkat nama-nama besar untuk perform. Turut dihadiri ramai selebriti glamor dan meletop, majlis berprestij ini juga dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Rahim.

[pullquote align=”right”]Bagi Budiey, tema ASK tahun ini berjaya menghiburkan penonton berbanding tahun lalu yang menggunakan tema teater. Orang kita bab-bab teater ni memang kureng sikit. Boring kata mereka. Jadi, tema kaca yang mengangkat nama-nama besar untuk perform.[/pullquote]

Pertama sekali, Budiey nak ucapkan jutaan tahniah buat semua pemenang dalam semua kategori. Tahniah buat filem ‘Kil’ yang mengungguli kategori filem dengan merangkul Anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik Filem, Pelakon Wanita Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Manakala drama terbitan Suhan Movies, ‘Mawar Putih Tanda Perpisahan’, mengungguli kategori drama dengan merangkul Anugerah Drama Terbaik. Anugerah Drama Rantaian terbaik pula dimenangi oleh drama bersiri ‘Surat Dari Langit Biru’, terbitan Rashbir Media Sdn Bhd. Diterajui oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nad Zainal dan Ruminah Sidek, karya arahan Bade Azmi itu menewaskan drama lain seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Neraka Abah dan Fatihah Untuk Abah. Drama ini juga menggondol dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik. Syabas!

Bagi Pengarah Terbaik, Erma Fatima menewaskan suaminya menerusi arahan cemerlang dalam drama berjudul Aku Bukan Malaikat. Manakala adik kepada Erma, aktres terkenal, Datin Umie Aida pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama tersebut dan aktor Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman) pula memenangi bagi kategori lelaki.

Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Faizal Hussien, Nora Danish, Sharifah Amani dan Nad Zainal.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Hasnol Rahmat menerusi lakonan cemerlangnya dalam Tunggu Sekejap .

Manakala Izreen Azminda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon hebat lain seperti Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Liza Abdullah.

ASK 2013 turut menganugerahkan pelakon drama Kawan, Shasha Al Khred sebagai penerima Anugerah Artis Harapan Pantene.

Manakala Shaheizy Sam mengulangi sejarah apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM. Pada ASK 2012, Sam memenangi kategori sama hasil lakonan mantapnya dalam filem Songlap.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Khir Rahman (Rock Oo) dan Miera Liyana ( Pecah). Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

Rohani turut menyampaikan dua anugerah ASK 2013 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Surat Dari Langit Biru dan Drama Terbaik.

Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Wan Zaleha Radzi, Nubhan, Nora Danish, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Emma Maembong sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Hafiz dan Adira.

Secara keseluruhan, ASK 2013 mempertandingkan sebanyak 30 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2013:

KATOGERI DRAMA

1. DRAMA TERBAIK

Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA

Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman

3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA

Datin Umie Aida – Aku Bukan Malaikat

4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA

Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap

5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA

Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku

6. PENGARAH DRAMA TERBAIK

Erma Fatima – Aku Bukan Malaikat

7. ARTIS HARAPAN PANTENE

Shasha Al Khred – Kawan

8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK

Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd

9. DRAMA KOMEDI TERBAIK

Mentua VS Menantu – Primeworks Studios

KATEGORI FILEM

10. FILEM TERBAIK

KIL – Grand Brilliance

11. PENGARAH TERBAIK FILEM

Nik Amir Mustapha – KIL

LAKON LAYAR TERBAIK

KIL

12. PELAKON WANITA TERBAIK

Cristina Suzanne – KIL

13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM

Shaheizy Sam – SAM

14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM

Miera Liyana – Pecah

15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM

Khir Rahman – Rock Oo

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK

Salam Muslim (ASTRO OASIS)

17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK

Bella (Ntv7)

18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK

Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

20. RANCANGAN REALITI TERBAIK

Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK

Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)

23. Artis Harapan Pantene : Shasha Al Khrd (KAWAT)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Announces X-citing X-mas Deals

Aaron Aziz Shares His Favourite Hong Kong Haunts