in

Senarai Iklan YouTube Paling Popular 2016 di Malaysia

Hari ini Google Malaysia menyiarkan senarai Iklan YouTube paling popular di Malaysia dari Januari – Julai 2016. Senarai ini mewakili 10 iklan popular yang menarik minat penonton di seluruh negara sepanjang enam bulan yang lalu tahun ini. Senarai ini juga meraikan jenama terbaik dalam kalangan penonton melalui populariti serta promosi.

Berikut adalah senarai 10 iklan YouTube Malaysia untuk 2016:

#

Jenama

Tajuk

Agensi Media dan
Kreatif

1

Petronas

#PETRONAS Chinese New Year 2016: Rubber Boy (4:58)

Media: Zenith Media

Kreatif: Leo Burnett

2

Watsons Malaysia

#HappyBeautifulYear (2:46)

Media: OMD

Kreatif:

3

McDonalds Malaysia

McDonald’s Angry Birds

(0:33)

Media: OMD

Kreatif: Naga

4

Old Town White Coffee

Promosi OLDTOWN White Coffee Junior Meal Series dan Boboiboy (0:30)

Media: Mindshare

Kreatif:Integus

5

BSN Malaysia

Filem Pendek Tahun Baru Cina BSN 2016: Pengacau Raya Cina (5:50)

Media: Fisherman

Kreatif: Fisherman

6

LEGO

Fire – LEGO CITY – Main 1HY16 (0.30)

7

Samsung Malaysia

Samsung Galaxy S7 edge: Official Introduction (3.09)

Media: Starcom Malaysia

Kreatif: Leo Burnett

8

Ju Xiang

聚香肉乾 2016猴年『新年道』(4.30)

9

Gameview International

Romance of Heroes: Official Trailer (1.00)

10

KFC Malaysia

KFC Bucket Sensasi with Crispy Tenders(0.30)

Media: Universal McCann

Kreatif: Naga

Trend paling menyerlah dari senarai tersebut:

  • Menangkap detik-detik perayaan. Iklan-iklan Tahun Baru Cina merangkumi separuh dari senarai tersebut, menunjukkan betapa pentingnya sambutan perayaan tahunan buat jenama-jenama. Dengan pendekatan yang berinspirasi, kelakar atau menyayat hati, iklan-iklan panjang ini telah berjaya menaikkan semangat perayaan dalam kalangan penonton.

  • Barangan koleksi dan produk promosi filem. Peminat-peminat Angry Birds dan Boboiboy  tidak kisah menjamu selera di restoran-restoran tertentu, lebih-lebih lagi bila hidangan tersebut disertakan dengan barangan koleksi terhad yang mempromosikan filem-filem blockbuster tersebut.

  • Cahaya, kamera, iklan! Antara yang menarik daripada iklan-iklan yang disenaraikan adalah kualiti cinematik serta hasil penggambaran yang teliti dan suara latar yang bernas, yang menjadikan iklan tersebut seperti filem pendek. Jika jenama menumpukan perhatian kepada menceritakan sesuatu kisah dan menjual kemudian, orang ramai akan memilih untuk menonton iklan tersebut.

Iklan-iklan ini menunjukkan kreativiti yang menakjubkan dalam industri iklan Malaysia – dan ia adalah kreativiti yang tidak akan wujud tanpa “kanvas” digital. Kadang-kadang digital boleh dilihat seolah-olah semuanya tentang teknologi, tetapi keupayaan sebenar iklan video digital adalah ia membebaskan jenama dan agensi untuk meluangkan lebih banyak masa mengolah aspek-aspek kreatif sesebuah iklan dan menyerahkan kepada komputer untuk memikirkan perkara yang sukar seperti bila dan di mana untuk memaparkan iklan.

Pada Disember 6-8 akan datang, buat julung kali pihak kami akan menganjurkan Minggu YouTube Malaysia untuk meraikan jenama, kandungan tempatan dan antarabangsa, serta pencipta-pencipta berbakat yang menjadikan platform ini destinasi harian untuk hiburan, maklumat dan pendidikan. Dalam tempoh ini kami juga akan menganjurkan Anugerah Iklan YouTube Malaysia 2016, di mana kita akan menganugerahkan iklan terbaik dalam 10 kategori. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mencalonkan iklan, sila layari halaman acara kami.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GSC International Screens Tayang Filem Captain Fantastic

Ada Sebab Rozita Che Wan Fokus Dengan Bisnes Jus Goyang Rapat