in ,

Senarai Harga Pakej 3Dekad 1Destinasi Konsert Anuar Zain 3 Dekad

Semalam Budiey bercuti. Jadi, hari ini rasa segar sikit. Rasa rajin nak bekerja. Dua tiga hari lagi, kita bercuti lagi, cuti sambut Tahun Baru 2013. Yeay!

Budiey kira, korang pun, mesti ada yang bercuti kan? Ada sesetengah yang ada banyak cuti tu, terus sambung bercuti panjang sampai tahun baru 2013.

Oh ya, ada dua konsert sambut tahun baru yang Budiey nak highlight kat sini iaitu [highlight]Blackberry Music Mania Concert di Stadium Melawati pada 31 Disember 2012 [/highlight]dan [highlight]Konsert Ambang Merdeka 2013 anjuran Ambank di Dataran Putrajaya Presint 3 juga pada 31 Disember[/highlight]. Artis-artis hebat akan menghiburkan pengunjung. Mana satu konsert pilihan anda? Budiey ingat nak ke Blackberry Music Mania Concert sebab artis kat sini gempak-gempak. Lagi pun, tahun ni, Budiey tak dapat jemputan pun dari penganjur AmBank untuk Konsert Ambang Merdeka 2013.

[pullquote align=”right”]Budiey.com dilantik oleh Anuar Zain sebagai Official Blogger untuk Konsert Anuar Zain 3 Dekad ni.[/pullquote]

Cakap pasal konsert, pastinya minda Budiey tak lepas untuk menghitung hari Konsert Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta & Sanubari. Jeling-jeling kat countdown di ruangan sidebar blog ni, rupanya 52 hari 12 jam je lagi (saat entri ditulis jam 7.45pagi). Eh, dah tak lama dah tu. Kiranya satu bulan lebih je lagi. Hehe, Budiey pulak yang risau dan neves. Maklumlah, Budiey.com dilantik oleh Anuar Zain sebagai Official Blogger untuk Konsert Anuar Zain 3 Dekad ni. Kira kenalah menjalankan tugas untuk mempromosi konsert ini secara berterusan. Doakan konsert ini mencapai kejayaan, orait?

Konsert Anuar Zain

[dropcap]A[/dropcap]nuar Zain juga tak lupa nak ucap terima kasih kepada pembaca yang dah pun mendapatkan tiket konsert ini. Haa, ada yang dah siap ambik gambar upload kat Twitter dan Facebook. Gempak sey korang!

Budiey percaya, Anuar Zain sekarang tengah sibuk bersiap sedia. Dengarnya, Anuar Zain sentiasa bersenam dan berjoging untuk menguatkan staminanya. Maklumlah, nak nyanyi sebanyak 21 lagu sekaligus di konsert berskala besar untuk satu malam, bukan kerja yang mudah. Memang Anuar Zain nak kena tambah tenaga dan memantapkan stamina, jadi nak tak nak, latihan jasmani kena kerap dilakukan. Kalau tidak semput pulak nanti. Betul tak?

Oh ya, sambil jemari Budiey ligat menari di keyboard menaip story pasal #KonsertAnuarZain3Dekad ni, telinga Budiey mendengar radio paling hot iaitu Radio Hot FM sebab Anuar Zain ada bertandang dan bertamu untuk bercakap tentang satu-satunya konsert mega ini. Jadi, kepada peminat Anuar Zain, Budiey kira dah stay tuned untuk dengar suara Anuar Zain secara live menerusi Radio Hot FM dari jam 8 pagi ini.

[pullquote]Budiey dikhabarkan, Radio Hot FM adalah Radio Rasmi untuk Konsert Anuar Zain 3 Dekad. Wah! Tahniah Hot FM![/pullquote]

Beberapa hari yang lepas, Budiey ada menerima pertanyaan dari pembaca blog ini tentang berapa harga tiket untuk Pakej 3Dekad 1Destinasi ni.

Kepada pembaca yang belum tahu, apa itu pakej 3Dekad 1Destinasi, sebenarnya pakej ini disediakan oleh Anuar Zain bagi memberi kemudahan kepada peminatnya yang berada jauh dari Kuala Lumpur untuk turut serta berada di Stadium Merdeka untuk Konsert Anuar Zain pada 16 Februari nanti. Dengan pakej ini, anda tak perlu risau untuk memikirkan tentang penginapan serta pengangkutan kerana ia semua disediakan.

Gambar Anuar Zain Jadi Tamu di Hot FM:

anuar zain

A_AH9aICEAE9Rw-.jpg-large

[dropcap]M[/dropcap]enurut Anuar Zain, dia berharap Konsert ini mendapat sambutan dari peminatnya seluruh negeri. Dia mensasarkan untuk mengumpulkan 8,000 peminatnya pada malam tersebut. Ai, takkanlah 8,000 orang je peminat Anuar Zain kat Malaysia ni. Budiey pasti Anuar Zain ada ramai peminat lebih dari itu. Jika dilihat secara kasar, jumlah 8,000 penonton tersebut terlalu sedikit buat Anuar Zain yang cukup hebat auranya. Namun, kata Anuar, jumlah tersebut bertepatan dengan kapasiti ruang Stadium Putra Bukit Jalil yang menjadi lokasi konsertnya.

Kat bawah ini, Budiey sediakan info tentang Pakej 3Dekad 1Destinasi yang telah dilancarkan pada 15 Disember yang lalu. Budiey dengar, tempat duduk untuk pakej ini masih ada lagi.

Untuk pengetahuan pembaca, Pakej 3 Dekad 1 Destinasi ini adalah pakej pengangkutan untuk perjalanan dua hala (pergi & balik) lengkap dengan jamuan ringan dan cenderahati. Dan semestinya, pakej ini termasuk dengan tiket untuk menyaksikan Konsert Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil. Pakej ini disediakan adalah bagi mengelak penonton yang berada di luar Kuala Lumpur dibeban dengan kos penginapan dan sebagainya.

Pakej ini melibatkan pengangkutan bas dari Alor Setar, Jerteh, Johor Bharu, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Singapura.

  1. Palladium B (RM 251)
  2. Palladium A (RM 301)
  3. Bronze (RM 461)
  4. Silver (RM 561)
  5. Gold (RM 761)
  6. Platinum (RM 861)

Untuk pakej VIP sila hubungi: +6 018 6636 102 atau +6 016 9467 411)

Package Collection Center

Alor Setar
Sri Maju Express, Kaunter 27, Terminal Bas Shahab Perdana, Jalan Sultanah, Alor Setar

Butterworth
Sri Maju Express, Kaunter 24, Terminal Bas Ekspress Butterworth

Jerteh
Kaunter Ekspres Mahligai, Terminal Bas Jerteh, Jerteh

Johor Bahru
Kaunter Odyssey Express, Tune Hotel – Danga Bay, Johor Bharu

Kota Bharu
Ekspres Mahligai, Kaunter No.15, Terminal Bas Kota Bharu, Lembah Sireh, Kota Bharu

Kuala Terengganu
Ekspres Mahligai, Kaunter No.10, Kompleks Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu

Pulau Pinang
Sri Maju Express, Kaunter 13 & 14, Terminal Bas Sg. Nibong, Pulau Pinang

Senarai Harga untuk peminat di Singapura

Palladium A (SGD 151)
Bronze (SGD 221)
Silver (SGD 261)
Gold (SGD 341)
Platinum (SGD 381)
VIP (call +6 018 6636 102 atau +6 016 9467 411)

Package Collection Center

Singapura
Kaunter Odyssey, 400 Balestier Road, Balestier Plaza, #01-08, Singapore

Hubungi kami di www.facebook.com/3Dekad1Destinasi bagi sebarang pertanyaan.
atau di talian +6 018 6636 102 +6 016 9467 411

Anuar Zain

MIZZ nina

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vlog Najwa Latif Live in Singapura & Universal Studios Singapore

Kontroversi 2 Hari Sebelum Hari Nikah Apex Leuniey