in

Senarai Giliran Lagu Bertanding di Anugerah Juara Lagu 28

Korang nak tiket menonton AJL28 secara live? Okay, Budiey ada berita baik. Budiey ada 4 tiket VIP dan ada 20 tiket biasa untuk korang. Tapi tunggu dulu ya, Budiey akan siarkan peraduan menang tiket tu nanti. Sementara itu, apa kata korang baca dulu info kat bawah ni, okay. Njoyz!

Debaran bagi para penggiat muzik tanah air kini bermula! Selepas pengumuman barisan finalis pada akhir bulan November lalu, pastinya para peminat muzik tanah air tidak sabar menanti kelangsungan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang memperlihatkan persaingan sengit 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari nanti. Selepas kemenangan Yunalis Zarai dengan lagu ‘Terukir Di Bintang’ yang dipersembahkan oleh Aizat, lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL 28?

[pullquote align=”right”]AJL28 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 – 11.30 malam pada 26 Januari 2014. Saksikan persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo seperti Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Alyah (Kau Yang Terindah), Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Black (Takkan Terpisah), Hafiz (Bahagiamu Deritaku), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara), Hyper Act (Hanya Aku), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Salammusik (Aku Pelat), dan Stacy (Bosan).[/pullquote]

Hampir tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik. Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) memperkenalkan ‘Game On’ sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini. Arus pembangunan industri muzik tanah air sentiasa membuka ruang kepada penggiat muzik yang sentiasa berani menyahut cabaran dan menggalakkan eksperimen baharu dalam membentuk seni muzik yang lebih inovatif.

Sidang media Anugerah Juara Lagu 28 yang berlangsung di Hotel Empire Subang dihadiri oleh Cik Sherina Mohamed Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9 dan juga barisan finalis AJL 28 yang terdiri daripada komposer, penulis lirik dan penyanyi. Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Radhi OAG di majlis tersebut.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad,

“Sejak diperkenalkan, Anugerah Juara Lagu terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang sentiasa dinantikan oleh setiap peminat muzik tanah air. Selain memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tanah air, Anugerah Juara Lagu juga merupakan pencetus kepada perubahan dalam evolusi muzik tanah air. Sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan Anugerah Jura Lagu 28 terus diangkat sebagai acara yang berprestij dan pembuka tirai tahun 2014 yang hangat diperkatakan. AJL sering membawa konsep berlainan pada setiap tahun dan tahun ini, kami telah memilih Game On kerana dinamik penggiat muzik yang dipamerkan dalam menggerakkan industri muzik tanahair. Mereka sentiasa bertenaga dan mampu membuat penyesuaian kerana trend muzik dan cita rasa pendengar selalu berubah, malahan mereka juga sentiasa melakukan pembaharuan dan kemajuan seiring dengan pembangunan arus muzik di industri tempatan mahupun antarabangsa.”

”Elemen Game On akan direalisasikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung,” tambah Izham.

Anugerah Juara Lagu 28 dicetuskan oleh Xpax, jenama utama prabayar Celcom sebagai penaja utama. “Kami amat teruja kerana diberi peluang untuk mencetuskan Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) sekali lagi melalui jenama utama prabayar Celcom, iaitu Xpax. Matlamat kami dalam AJL28 adalah untuk mendekatkan diri kepada belia dengan memberi hiburan terbaik negara dengan mengiktiraf lagu-lagu tempatan dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada para artis dan komposer tempatan untuk terus maju dalam industri muzik tanahair. Kategori ‘Anugerah Juara Mobile’ telah diperkenalkan bagi mengiktiraf lagu yang telah mendapat muat turun Call Me Tones terbanyak menerusi The Cube, portal yang menawarkan pelbagai kandungan tempatan mahupun antarabangsa yang mudah diakses melalui telefon mudah alih,” kata Afizulazha Abdullah, Ketua Pegawai Perkhidmatan Digital, Celcom Axiata Berhad.

Para pelanggan Xpax juga boleh memenangi tiket AJL28 dan berpeluang menyaksikan anugerah ini secara langsung bersama para finalis AJL28 dengan mendaftar melalui laman Facebook Xpax atau melalui web Xpax [www.xpax.com.my] dan melanggan pakej Mobile Internet iaitu chat pack RM5 atau social pack RM10 dengan menghantar kata kunci MI5 atau MI10 kepada 28882 atau dial *118#.

Pelanggan juga boleh menyertai promosi The Cube, hanya dengan memuat turun Call Me Tones finalis AJL28 yang digemari daripada senarai yang disediakan. Hantar Call Me Tones itu sebagai ‘hadiah’ dan simpan Call Me Tones tersebut sehingga 20 Januari 2014. 10 pemenang bertuah akan mendapat sepasang pas eksklusif untuk menyaksikan AJL28 bersama artis kegemaran mereka pada 26 Januari 2014 di Stadium Putra, Bukit Jalil dimana 5 daripada pemenang tersebut akan mendapat pas ekslusif tambahan untuk meraikan kejayaan AJL28 bersama para finalis. Untuk maklumat lanjut, pelanggan hanya perlu mendail *888# atau layari m.thecube.my menerusi telefon bimbit anda.

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 28 menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos. Nantikan persembahan pembukaan tirai AJL28 yang membawakan konsep ‘battle’ vokal dan tarian oleh Shila Amzah dan Mus May manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baharu dan lama antaranya Waris, Dato’ M.Daud Kilau, Ziana Zain, Dali Ahli Fiqir dan Zaidi One Nation Emcees.

Saksikan tayangan acara ‘Purple Carpet’ Anugerah Juara Lagu di seluruh dunia menerusi program Hip TV (TV9) di laman www.anugerahjuaralagu.com bermula seawal 7.30 malam sehingga 9 malam pada 26 Januari nanti! Jangan ketinggalan untuk turut serta merasai bahang anugerah ini menerusi siaran langsung ‘streaming’ termasuk aksi-aksi menarik para finalis dan juga selebriti secara ‘online’ sewaktu iklan komersil di kaca televisyen!

Bahang Anugerah Juara Lagu 28 disemarakkan lagi dengan roadshow daripada finalis AJL 28 di Busana@Menara Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman pada 12 Januari 2014 (Ahad) bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang. Selain berhibur dan beramah mesra dengan para finalis yang bakal turun padang seperti Alyah, Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Awi Rafael & Altimet, Azlan & The Typewriter, dan Hazama, orang ramai juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama-sama bintang-bintang pujaan mereka.

Orang ramai yang ingin menyaksikan Anugerah Juara Lagu 28 di Stadium Putra, Bukit Jalil juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket VIP yang eksklusif melalui Hot FM. Di samping itu, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal, Sri Pentas, Bandar Utama pada 23 Januari 2014 bermula jam 2.00 petang. Tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Selain Celcom sebagai penaja utama, AJL 28 turut menampilkan Hot FM selaku radio rasmi. Ikuti detik-detik persiapan Anugerah Juara Lagu 28 dan kemeriahan roadshow AJL 28 menerusi program ’Debaran AJL’ yang akan bersiaran pada 25 Januari 2014 (Sabtu) jam 5.00 petang.

Berikut merupakan senarai lagu-lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL 28 :-

ajl28

Hadiah yang bakal dimenangi oleh finalis AJL 28 adalah seperti berikut:-

ajl28

Anugerah Juara Lagu 28 diterbitkan oleh Primeworks Studios. Sidang produksi AJL28 diterajui oleh Khalijah Mohamed (Kelly) manakala Azman Abdul Ghafar dan Zaini Saidi sebagai penerbit bersama.

Layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #AJL28 bagi untuk menghangatkan lagi bahang Anugerah Juara Lagu 28.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan SOFAZR Lancar Album Terbaru 1DEKAD

Yuna Perform di Jimmy Kimmel LIVE Malam Ini