[dropcap]K[/dropcap]eseronokan pelajar-pelajar sekolah dalam memenuhi aktiviti dua minggu cuti persekolahan mulai 25 Mei depan pastinya berganda apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) memilih untuk menyiarkan tiga filem animasi hebat yang membariskan filem Open Season 2 (3 Jun 2013), Wall-E (4 Jun 2013), Flushed Away (5 Jun 2013) dan Wallace & Gromit (6 Jun 2013), setiap jam 3.05 petang menerusi saluran TV1.
Open Season 2 (2008) berkongsi kisah menarik setelah jatuh cinta dengan Giselle, jalan Elliot melencong sedikit apabila Mr Weenie diculik oleh sekumpulan haiwan dimanjakan dan ditentukan untuk mengembalikannya kepada pemiliknya yang sebenar. Animasi ini meminjam suara latar Joel McHale, Mike Epps dan Jane Krakowski.
[pullquote]Filem-Filem Menarik Warnai Cuti Sekolah Hiburan Petang Hari Di TV1[/pullquote]
Menyusul filem Wall-E Kisah Wall – E satu-satunya robot terakhir di atas muka bumi yang diberi tanggungjawab untuk membersihkan planet bumi. Ia dihantar oleh Buy n Large untuk membersih sementara menantikan kepulangan manusia yang sedang hidup mewah di atas kapal angkasa. Ketika itu juga Wall – E berdepan dengan masalah cinta dengan robot lain bernama Eva.
Berhibur juga dengan filem Flushed Away mengangkat watak Roddy, seekor tikus peliharaan yang hidup di daerah kaya, Kensington. Dia bangga menyebut dirinya sebagai seekor tikus yang berdarjat tinggi. Kedatangan seekor tikus jalanan telah membuatkan kehidupannya terganggu hingga membuatkan dia tercampak di kawasan pembuangan air. Roddy cuba untuk kembali ke rumah tuannya tetapi pelbagai rintangan perlu dihadapi.
Ia diakhiri dengan tayangan filem Wallace & Gromit pula mengisahkan Wallace dan anjingnya, Gromit yang cuba menyelesaikan misteri kemusnahan kebun sayur mereka menjelang acara tahunan Tanaman Sayur Terbaik.
Berhibur dengan filem-filem animasi menarik yang menjadi pilihan RTM sempena cuti sekolah ini hanya di TV1.