Bertempat di Hotel Continental, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Sidang Media Anugerah Industri Muzik 19 pada jam 3 petang tadi telah dimulakan dengan celoteh santai dari dua pengacara yang juga penyampai radio Era FM, Haniff dan Ray.
Seperti yang Budiey war-warkan di Twitter, pengacara AIM edisi yang ke-19 ialah Aznil Nawawi dan Adibah Nor. Satu gandingan yang mantap dan kedua-dua mereka mempunyai sense of humor dan juga aura tersendiri sebagai penghibur dan pencetus kemeriahan pada malam 17 November nanti.
Bertemakan Black & White Glam Glitz, malam AIM19 juga akan dihoskan oleh Awal Ashaari dan juga Dahlia Shazwan pengacara yang dilahirkan dari program On Air. yang menggalas tugas untuk mengacara Karpet Glamor yang bermula jam 8.30 malam.
Seramai 17 orang penyampai anugerah juga turut diumumkan. Mereka ialah Adifashla, Dato’ Fazley, Dina Nadzir, Faizal Tahir, Hattan, Heliza, Khairul Anwar Salleh (Astro), Krista K, Nadia, Nora Danish, Norman Abdul Halim (wakil RIM), Rosmin Hashim (RIM), Siti Sarah, Tam Spider, The Fabulous Cats, Yassin dan Zahid Era.
Senarai 22 orang penyanyi yang akan buat persembahan ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Asmidar, Drama Band, GX4, Hyper Act, Jaclyn Victor, Keroz Nazri, Khalifah, Klangit, Lefthanded, May, One Nation Emcees, SalamMusik, Shila Amzah, Stacy, Stephen Rahman Hudges, The Malayan, Mojo, Hafiz, Jimmy Palikat, Shila Amzah, Forteen dan band dari Indonesia, Nirwana Band.
Seperti tahun-tahun sudah, AIM tak lupa untuk menerbangkan artis luar. Untuk edisi kali ini, band terkenal dengan lagu Sudah Cukup Sudah dari Indonesia iaitu Nirwana Band akan diterbangkan khas untuk menghiburkan penonton.