in

Senangnya Shopping Online Di Tesco E-Shop

[dropcap]B[/dropcap]ekerja sebagai blogger sepenuh masa, pastinya jadual harian Budiey sangat padat dan sibuk. Busy memanjang. Kadang-kadang tu, masa untuk diri sendiri pun tak sempat. Apa tah lagi kalau nak pergi shopping di pasaraya.

Pasaraya pilihan Budiey sekeluarga… kat mana lagi kalau bukan di Tesco Extra Selayang. Pasaraya yang sangat besar, nak barang apa, semua ada kat sana. Selain harga barangan yang berpatutan, jarak pasaraya Tesco dengan rumah Budiey pun sangat dekat. Tak sampai 10 minit je sampai.

[pullquote align=”right”]Membeli secara dalam talian kini menjadi trend dan digemari oleh semua orang bukan hanya surirumah sahaja. Ianya sangat mudah dan menjimatkan masa kita![/pullquote]

Sekarang ini, membeli-belah dalam talian adalah tidak terhad kepada pakaian je, tetapi perkakas rumah dan barangan runcit pun dah boleh secara online. Teringat Budiey dengan pengalaman pergi je Jepun, sebab terlalu sibuk, penduduk Jepun banyak memesan barangan runcit secara online.

Tak hairan kalau di stesen keretapi dan pengangkutan awam mereka ada iklan pasal e-shop ni dan lebih canggih mereka boleh terus memesan barang di situ dengan mengimbas semula bar-code dengan menggunakan aplikasi di telefon bimbit. Kat Malaysia belum ada rasanya. Sikit masa lagi ada la tu kot.

Seiring dengan masa, dunia yang semakin canggih juga sudah banyak mengubah gaya hidup kita. Walaupun sibuk macamana sekalipun, Budiey tetap kena beli barangan dapur dan keperluan harian.

Sebagai pembeli online yang tegar, Budiey sangat excited bila dapat tahu TESCO menawarkan penghantaran talian. Wah, ini dah bagus nih! Ini bermakna, kita tak perlu nak bersusah payah memandu, cari parking, tolak trolley, cari barang di Tesco. Hanya guna iPad atau komputer, pilih barang dan barang akan sampai di depan pintu. Hah! Giler tak nak. Budiey pun dah cuba untuk kali pertama. Memang mudah!

Dari segi harga barang, anda jangan risau sebab memang sama dengan harga di pasaraya. Tidak ada bezanya. Begitu juga, kita boleh menggunakan kad ahli Tesco Clubcard untuk mengumpulkan point.

Hari ini, Budiey akan tunjukkan kepada pembaca sekalian cara yang lebih cepat dan terperinci macamana kita membeli barangan runcit dengan hanya menggunakan komputer dan online!

tesco-1

Apa yang penting, kita kena tahu, lokasi tempat kita tinggal tu, ada dalam senarai lokasi penghantaran atau tidak. Jadi, bagaimana cara nak tahu samada TESCO dapat hantar ke rumah kita atau tidak? Haaa, berikut adalah langkah-langkahnya.

LANGKAH 1: Buat akaun
Pergi ke laman web TESCO di http://eshop.tesco.com.my. Buat akaun dengan memasukkan email anda dan kata laluan.

LANGKAH 2: Tambah alamat dan nombor telefon.
Isikan alamat mengikut negeri anda, bandar, poskod, dan lain-lain. Mungkin pada sesetengah dari anda, bahagian ini adalah agak sukar. Mungkin tempat anda itu tiada dalam senarai. Jangan risau. Anda boleh suggestkan alamat anda dengan tepat di ruangan yang disediakan. Apa-apa pun, cubalah dulu. Apabila anda telah berjaya menemui daerah atau lokasi rumah anda dengan tepat, anda perlu memasukkan nombor telefon anda.

Pada masa ini, TESCO e-kedai hanya menyerahkan kepada kawasan tertentu. Anda boleh mengetahui sama ada mereka hantar makanan ke kawasan anda. Jika tidak, anda boleh pra-pendaftaran dan mereka akan memberitahu anda sekali kawasan anda dimasukkan.

tesco-2

LANGKAH 3: Masukkan butir-butir peribadi
Okay, anda bernasib baik sebab alamat anda tu, memang ada dalam sistem penghantaran. Yes! TESCO akan hantar barang pesanan ke kawasan anda! Jangan lupa isikan juga beberapa butiran penting (seperti nama, keutamaan kenalan) dan anda bersetuju kepada terma dan keadaan mereka.

LANGKAH 4: Tambah barangan runcit ke dalam carta
Barangan runcit dibahagikan kepada kategori seperti Makanan Segar & Minuman jadi ia mudah untuk mencari apa yang anda mahu. Budiey memilih untuk menaip apa yang kita mahu membeli pada bar carian (search). Apabila kita dah jumpa barang yang kita nak tu, apa lagi, kita hanya klik “Add” je.

Seperti yang Budiey buat sekarang ni, Budiey nak pilih bahan pencuci pakaian. Nak senang, hanya taip jenama pencuci tu di bahagian carian. Lagi mudah dari kita nak skroll semua sekali kan?

tesco-3

LANGKAH 5: Pilih masa penghantaran
Bila Budiey dah selesaikan pilih apa yang Budiey mahu, seterusnya Budiey klik “Book a Slot” pada bar kanan atas.

tesco-4

TESCO akan menyampaikan barang-barang ke rumah Budiey keesokan harinya dan mengenakan RM 10 yuran penghantaran. Budiey memilih masa antara jam 10 pagi hingga 12 tengahari untuk tempoh penghantaran. Jadi, pastikan kita berada di rumah pada ketika itu ya. Jangan pulak takde orang kat rumah. Susah diorang nak hantar.

LANGKAH 6: Semakan barangan dalam troli
Kemudian, Budiey diminta untuk menyemak senarai barang-barang yang kita telah diperintahkan. Sekarang ni, kalau ada barang yang kita tak nak, haaa masa ni je la masa untuk membuang perkara yang anda kita tidak mahu dan menambah item kita yang mungkin ada yang tertinggal.

tesco-5

LANGKAH 7: Sahkan perintah
Pada masa ini (22 Julai 2013), kita hanya boleh membayar pada pintu dengan kad kredit atau kad debit. Apabila kita klik “Confirm Order” kita telah menyelesaikan perintah itu. TESCO memberikan Budiey nombor pesanan dan menghantar Budiey e-mel notis tentang pembelian online ni.

Budiey hanya perlu membayar apabila semua barangan diserahkan di depan pintu pada hari esoknya. Kalau ada apa-apa yang tertinggal ke, nak tambah apa ke, kita boleh mengemaskini pesanan kami sehingga 11 malam.

LANGKAH 8: Ketibaan barangan dan pembayaran
Yeay, hari esoknya, barang-barang yang Budiey pesan dah tiba kira-kira 10:45 pagi.

Pintu rumah di ketuk oleh krew penghantar barang dari Tesco. Lengkap berpakaian uniform dan bangkul berisi barangan yang Budiey pesan semalamnya. Jadi, semuanya perfect. Memang kelas giler diorang ni buat kerja. Segala bayaran dibayar dengan kad kredit Budiey.

tesco-6

Apa yang penting ketika ini ialah kita perlu memeriksa satu persatu barangan yang dihantar. Jika ada yang tak sempurna atau tak lengkap, bolehlah mengadu kepada krew Tesco yang bertugas ni.

tesco-7

Selain murah dengan senyuman, krew Tesco ini memang mesra dan dapat menjawab semua soalan dan sebarang kemusykilan dengan baik.

tesco-8

Yea, inilah yang dinamakan doorstep deliver. Memang menjimatkan masa Budiey. Tambah-tambah lagi di bulan puasa ni. Memang liat sikit kalau nak gi shopping ke Tesco. Rempuh jalan jem dan sesak lagi. Itu satu hal pulak.

tesco-9

Pembelian Budiey berjumlah RM135.00. Kita boleh membayar dengan menggunakan kad kredit dan kad debit. Mudah dan cepat.

Budiey telah mendapati bahawa melakukan barangan runcit dalam talian adalah sangat mudah. Lagi pun ianya menjimatkan masa. Tak perlu nak bersusah payah keluar rumah.

Budiey rasa semacam sangat gembira bila melihat barangan yang Budiey pesan di depan mata dihantar dalam keadaan yang baik. Ye lah, semuanya tiba di depan pintu rumah Budiey dengan lengkap dan sempurna.

Oh ya, oleh kerana anda telah baik hati membaca entri ini sampai habis, Budiey dan Tesco Malaysia ingin memberikan hadiah berupa rebate coupon sebanyak RM10 kepada anda jika sekiranya anda membelanjakan RM50 di Tesco Online. Dalam erti kata lain, anda boleh gunakan rebate coupon ni untuk shopping grocery online.

Nah, gunakan code ini: CHTP101M

Adakah anda membeli apa-apa dari TESCO e-shop? Haa, apa kata, jom berkongsi dengan Budiey!

Jom layari: http://eshop.tesco.com.my sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Iklan Raya Aidilfitri MAMEE Lakonan Zizan Razak

Apa Ada Pada Iklan Raya Tenaga Nasional 2013