Mengisi slot Bidadari yang bersiaran menghiburkan penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebuah drama bersiri menarik bertajuk “Senafas Cinta†mulai 22 Ogos depan di TV1, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 3.00 petang.
Bersiaran 13 episod, siri arahan Rashid Sibir ini mengangkat kisah bertunjangkan kekuatan seorang wanita dalam menempuhi perjalanan kehidupan untuk dijadikan aspirasi kepada penonton.
Slot Bidadari, 13 Episod “Senafas Cinta†Lakonan Fouziah Gous di TV1
[dropcap]M[/dropcap]enggandingkan pelakon utama Norman Hakim dan Fouziah Gous, turut melengkapkan watak dalam drama bersiri ini pelakon Syafiq Kyle, Ana Dahlia, Sabrina Ali, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Mah dan ramai lagi.
Ia mengisahkan cerita tentang kahwin paksa. Namun ada kelainannya. Saksikan kisah seorang wanita yang cuba meneruskan kehidupan setelah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.
Setelah diijab kabul dia cuba untuk menerima suaminya dan jatuh cinta kepada suaminya sendiri. Pelbagai cara digunakan untuk merapatkan hubungan suami isteri antara mereka. Dia cuba menjadi isteri solehah. Malangnya, wanita ini diceraikan pula ketika sedang hamil berbadan dua.
Namun yang lebih memeritkan ketika dia cuba berdepan kenyataan anak yang dikandungnya dengan bersusah payah telah meninggal dunia. Situasi itu memaksa dia menerima hakikat tinggal bersendirian.
Lalu bagaimanakah kesudahan jalan hidup dilalui wanita ini? Mampukah dia bertahan dan masihkan ada jalan bahagia menantinya?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.