in , ,

Sinopsis Telemovie SEMUA SALAHKU Lakonan Fasha Sandha

Kerana Wang.. Kasih Berpaling Tadah, Anak Diabaikan…

Wang.. Tidak dinafi kepentingannya tetapi wang juga boleh membutakan hati manusia. Menerusi drama terbaharu slot Samarinda dan Lestary, iaitu Mimpi Sabrina dan Semua Salahku yang akan mula bersiaran 11 Julai ini, kedua-dua drama ini bakal berkisarkan mengenai ketamakan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga cinta dikhianati, kasih pada keluarga tidak lagi dipeduli. 

SEMUA SALAHKU yang akan bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat 9.00 malam menampilkan Nafiz Muaz yang akan bergandingan bersama dramatis hebat Fasha Sandha dan Fauziah Nawi. Manakala, Mimpi Sabrina menampilkan Che Puan Juliana Evas, Erwin Dawson dan Josiah Hogan selaku teraju utama drama yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. 

SEMUA SALAHKU

Nafiz Muaz Bermasalah?

Pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Nafiz Muaz mempunyai masalah disiplin? Katanya, masalah itu berpunca daripada ibunya yang kurang memberi perhatian kepadanya.

Ternyata, pentingnya perhatian ibu bapa dalam membentuk peribadi anak-anak. Tetapi kepada para peminat Nafiz, jangan risau.. Nafiz Muaz tidak terlibat dengan sebarang masalah sebaliknya itu hanyalah watak lakonan terbaharunya sebagai pelakon utama dalam drama Semua Salahku yang bakal bersiaran 11 Julai nanti iaitu Semua Salahku di slot Lestary. 

Telemovie SEMUA SALAHKU

Nafiz yang memegang watak Haris seorang remaja yang memberontak apabila ibunya, Sofea lakonan Fasha Sandha mula mengabaikan dirinya kerana terlalu sibuk mengejar lelaki kaya dan mahu hidup senang.

Ketika Haris (Nafiz Muaz) masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea (Fasha Sandha) terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan. 

Bagi menambah pendapatan, Fatimah (Fauziah Nawi) ibu Sofea mencadangkan Sofea untuk memasuki kelas solekan. Sofea mula berkecimpung dalam bidang solekan dan sedikit sebanyak telah membantu menambah pendapatan Sofea.

Telemovie SEMUA SALAHKU

Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya. 

Tertekan dengan kehilangan wang, Sofea mengurangkan wang belanja Haris dan juga perbelanjaan di rumah. Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya.

Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea. Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira (Intan Najuwa) gadis yang diminatinya.

Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya?

Jangan lupa tonton 13 episod drama arahan Along Kamaludin ini yang turut dibarisi pelakon hebat Fauziah Nawi, Intan Najuwa, Nafiez Zaidi, Neera AziziDayang Areeda, Syed Aiman, Adiba Yunus dan ramai lagi setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam hanya di TV3!

Telemovie SEMUA SALAHKU
Telemovie SEMUA SALAHKU
Telemovie SEMUA SALAHKU
Telemovie SEMUA SALAHKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azira Shafinaz Kembali Bercinta Semula dengan Yasser Khan

Sinopsis Telemovie MIMPI SABRINA Lakonan Che Puan Juliana Evans