Dan, kos ujian saringan pekerja asing berkenaan akan ditanggung sendiri oleh majikan masing-masing.
Tambahnya lagi, seramai 6,641 pekerja asing dinegara ini dilaporkan telahpun menjalani ujian berkenaan.
Task Force Pantau Pematuhan SOP
Tambahnya lagi, Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 61,421 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP.
Turut dipantau ialah 950 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (341) dan terminal pengangkutan udara (81).
“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (170), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (158), tidak memakai pelitup muka (128), keluar rumah tanpa alasan munasabah (69), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (248),” katanya.