Desas-desus aktres Intan Ladyana, 39, kini berbadan dua semakin terjawab apabila pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu.
Pesanan tersebut diucapkan Ebit menerusi satu hantaran video yang dikongsi suami Intan iaitu Harris Alif dalam Instagramnya semalam.
“Ustaz ada doa tak untuk isteri saya?” tanya pemilik nama penuh Nor Harris Alif Nor Rashid, 22, itu.
Menerusi pesanan Ebit, selain untuk pasangan itu, dia juga mendoakan kesejahteraan buat anak dalam kandungan Intan agar menjadi anak yang soleh dan solehah kelak.
Menjengah ke ruangan komen, Intan hanya meninggalkan komen: “Amin.”
Dalam pada itu, rata-rata netizen membanjiri ruanagan komen hantaran tersebut dengan doa buat Intan dan anak dalam kandungannya.
Doa yang dititipkan Ebit Lew baru-baru ini ibarat mengiyakan tentang kehamilan Intan. Ini kerana, dalam pada mendoakan semoga hubungan suami isteri tersebut kekal hingga ke Jannah, Ebit Lew turut mendoakan untuk kandungan Intan ketika ini.
Pelakon drama ‘Adnan Sempit’ itu turut meninggal komen dengan berkata Amin dalam hantaran yang sama.
Terdahulu, tular beberapa video dan foto yang memberi bayangan pelakon drama Bougainvillea itu sedang hamil anak pertamanya.
Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.