Buat pertama kalinya di negara ini, sebuah program realiti masakan khusus untuk pembuatan dan hiasan kek berjudul SEMANIS FONDANT bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula 11 Januari ini.
Program yang bakal bersiaran selama 13 episod pada setiap hari Isnin, pukul 9.30 malam ini memaparkan seni hiasan dan pembikinan kek mengikut tema-tema yang unik dan kreatif . Lebih mengujakan, program yang berdurasi selama 30 minit itu bakal dikendalikan oleh cef selebriti popular Datuk Fazley Yaakob, Cef Adu Amran, Shalma Ainaa dan peserta-peserta Masterchef.
Program ini memerlukan peserta menyiapkan beberapa tugasan berkumpulan termasuklah menyediakan kek dengan resepi istimewa dan rekabentuk yang indah dalam jangka masa yang diberikan.
Di antara tema-tema kek yang akan dipaparkan dalam program Semanis Fondant termasuklah kek majlis perkahwinan, sambutan hari lahir dan ulang tahun, majlis perasmian serta majlis-majlis Continental seperti minum petang, parti bachelorette dan banyak lagi.
Ahhhaa, tak sabar la pulak nak belajar hias kek. Penting juga ni untuk Budieylicious.