in

Semangat Ramadan Bersama COCA-COLA & HOT FM

Syukur, dah seminggu kita berpuasa. Budiey rasa sangat tenang berada di bulan Ramadan ni. Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadan yang paling Budiey tunggu. Walaupun agak sibuk dengan event dan majlis Iftar, namun Budiey cukup rasa happy dan bersemangat. Bukan apa, bulan ni je kita dapat berkumpul beramai-ramai mengeratkan hubungan sesama keluarga, kawan-kawan dan jiran, betul tak?

[dropcap]B[/dropcap]oleh dikatakan setiap hari, Budiey beriftar di event bersama kawan-kawan. Bila selalu berkumpul macam ni, masing-masing terasa seperti adik beradik dan terpancar jelas sinar persaudaraan sesama kami. Setiap kali berkumpul mesti meriah dan banyaklah cerita lucu yang kami kongsi bersama. Selain itu, bulan puasa ni juga kami berkongsi rezeki dan kita digalakkan juga bersedekah dan bertukar-tukar lauk pauk dengan jiran, betul tak?

Anda pula bagaimana? Apa juadah beriftar kegemaran anda?

Cakap pasal berpuasa ni, Budiey ada mendengar radio paling hangat kat Malaysia ni, HotFM dan Coca-Cola kini sedang mengadakan kempen Sebarkan Semangat Ramadan. Budiey rasa nak join kempen ni atas dua sebab. Pertama sebab kita boleh berkongsi kegembiraan kita dengan semua orang di Malaysia ni. Apa yang penting kat sini, Budiey boleh menggembirakan saudara mara yang jauh dan buat kejutan untuk mereka masa iftar nanti.

Semangat Ramadan Bersama COCA-COLA & HOT FM

Kedua, kempen Sebarkan Semangat Ramadan yang dijayakan oleh penyampai-penyampai yang paling hot di Hot FM memang unik di mana anda boleh mencadangkan nama kawan-kawan, cikgu, atau saudara mara yang anda ingin sebarkan semangat ramadan di laman sesawang yang disediakan. Kemudian, jika anda bertuah dan cadangan anda itu dipilih oleh penganjur iaitu Coca-Cola, DJ Hot FM akan menziarahi kawan atau saudara mara anda.

Tidak dengan tangan kosong tapi mereka dan team Coca-Cola akan datang dan menyediakan juadah iftar dengan mangkuk tingkat yang sangat eksklusif bersama minuman Coca-Cola 1.5L yang sejuk dan menyegarkan kepada pemenang bersama jiran tetangga mereka. Wah, menarik tu.

Hah! Bukan itu sahaja, setiap pemenang juga akan menerima duit raya sebanyak RM500. Pergh! Best kot! Budiey difahamkan, bukan itu je, sebanyak 50 penyertaan bertuah akan menerima barangan eksklusif Coca-Cola dan 15 penyertaan menarik akan berkongsi penyertaan mereka di udara bersama penyampai di Hot FM Jam!

Suraya Hot FM

Suraya dah tak sabar-sabar untuk mengunjungi, kasi surprise untuk pemenang.

Faizal Ismail

Antara penyampai Hot FM yang turut sebarkan semangat Ramadan, Faizal Ismail cukup bersemangat untuk menyediakan juadah bagi pemenang bertuah. Tak sabar dah katanya.

Budiey sekarang tengah bayangkan suasana yang sangat meriah di mana kita dapat berkumpul bersama semua jiran dan sanak saudara beriftar bersama-sama dengan juadah percuma dari Coke. Pergh! Happening giler kot., lagi ramai, lagi meriah. Bukan apa, itulah semangat Ramadan yang kita mahukan.

Apatah lagi sekarang ni, kita seperti takde masa yang cukup untuk hang out dan menjalinkan silaturrahim dan semangat kejiranan bersama tetangga dan sedara mara. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja dan tugasan. Susah nak jumpa. Kadang-kadang Budiey rasa, kita patut berkumpul beramai-ramai sekali sekala, barulah hubungan kita jadi akrab. Semangat itu yang kita nak.

Budiey dikhabarkan Hot FM dan Coca-Cola akan memilih 8 orang pemenang sepanjang Ramadan ini dan dijangka akan menyediakan juadah iftar kepada lebih 20,000 orang! Wow, ramainya! Happening sungguh ni!

Kepada anda yang mahu menyebarkan semangat Ramadan, nah, cubalah hantar penyertaan anda, klik: SINI

Budiey dah pun cuba tadi untuk cadangkan nama kakak Budiey yang sekarang ni berada di Kelantan. Kalau nak tahu, kakak Budiey memang sibuk memanjang orangnya. Biasanya, dalam bulan puasa ni, sibuknya menjadi-jadi sampai tak dapat sediakan juadah beriftar. Sibuk dengan kerja sehariannya di pejabat.

Hanya isi biodata peribadi bersama alamat orang yang kita mahu sebarkan semangat Ramadan berserta slogan: Saya ingin Coca-Cola menyebarkan semangat Ramadan kepada keluarga atau rakan saya kerana….

Kalau boleh, slogan kita tadi tu biarlah kreatif sikit, barulah ada peluang nak menang.

Harap-harap, Coca-Cola bermurah hati dan memilih Budiey… bukan apa la, sekarang ni susah sangat kami adik beradik nak berkumpul. Lagi pun, dah lama tak rasa kenikmatan Coke bersama-sama seperti zaman kanak-kanak dulu.

Kepada pembaca Budiey.com, anda juga berpeluang untuk menyertai kempen Sebarkan Semangat Ramadan ni. Sangat mudah, di mana anda hanya mencadangkan nama saudara mara atau kawan-kawan anda dan nyatakan lokasi mereka berada dan serahkan pada semua penyampai Hot FM untuk menyampaikan juadah ‘mangkuk tingkat’ paling happening, yang lebih bersemangat muhibbah dan kejiranan. Yang penting semua puas dengan menikmati juadah lazat dan minuman yang menyegarkan.

Omg, beruntunglah kepada 8 orang pemenang yang akan dipilih nanti. Kalau bernasib baik, memang Budiey takkan lepaskan peluang untuk bertemu dan berkumpul semula bersama keluarga dan jiran. Tambah lagi bila ada Faizal Ismail, penyampai kegemaran Budiey dari dulu lagi dan juga Suraya, memang Budiey kenal lama mereka ni.

Sebenarnya, bukan Faizal Ismail dan Suraya je yang terlibat, Budiey diberitahu, semua penyampai Hot FM pun terlibat sama. Pergh! Ini dah bagus nih. Maknanya, Fara Fauzana dan Ikhwan pun ada sekali la ya?

Kepada anda, jom kita sama-sama sebarkan semangat Ramadan ini dengan penuh semangat muhibbah dan ukhuwwah yang berpanjangan.

Nak tengok Faizal Ismail dan Suraya Hot FM begitu ceria dan teruja sekali sedang sebarkan semangat Ramadan kepada peminat di booth tol. Nah, Budiey tampilkan kepada anda video ini. Tonton jangan tak tonton ya! Memang FBI & Suraya sangat baik hati! Korang pun baik hati gak, apa kata meh sama-sama kita sebarkan semangat muhibbah ini! Semangat Ramadan!

Saksikan juga video Youtube: Sebarkan Semangat Ramadan Anda – Balai Polis Damansara Utama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold