Rata-rata netizen mengatakan vokal Datuk Fazley lebih sedih daripada lagu dan seperti menyanyi di pusat karaoke. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan lebih baik jika Fazley menjadi cef sahaja.
Ada netizen yang menjangkakan Datuk Fazley antara yang akan tersingkir di minggu awal atau mungkin pada minggu hadapan jika melihat pada prestasi vokalnya berbanding dengan peserta lain.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley memohon maaf jika persembahannya malam tadi kurang memuaskan kerana dia terlalu gementar apatah lagi sudah 10 tahun tidak menyanyi di pentas besar.
“Memang gementar habis. Sekian lama tak menyanyi atas pentas besar. Hanya menyanyi sambil memasak di dapur. Sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar, hanya menyanyi sambil memasak di dapur.
“Maafkan saya buat mereka yang hampa, terima kasih buat mereka yang memahami. Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat,†tulisnya.
– Datuk Fazley Yaakob
Kata Fazley lagi, dia tidak dapat mengawal perasaannya dan sedikit emosi kerana terkenangkan anak-anak. Ujarnya, dia akan berusaha untuk membuat lebih baik di minggu hadapan.
“Saya terlalu gementar dan sedikit emosi terkenangkan anak-anak. Insya-Allah, minggu hadapan akan lebih baik,â€
– Datuk Fazley Yaakob
Semalam, Fazley yang menyanyikan lagu Asmara Ini mendapat kutipan markah paling rendah iaitu sebanyak 53.6 peratus.