Pelakon popular, Meerqeen mencuri tumpuan warganet apabila dia dilihat bergambar bersama pelakon popular Hollywood iaitu Austin Butler di acara MYSL Eau de Parfum yang berlangsung pada 27 September 2023 di Paris.
Meerqeen sebelum ini telah dilantik sebagai duta jenama mewah antarabangsa iaitu YSL Beauty untuk segmen ‘Foundation and Fragrance Franchise’.
Walaupun masih berusia 22 tahun, umur yang muda itu tidak menghalang pemenang Aktor TV Popular ABPBH 35 tersebut untuk meluaskan sayapnya dalam pelbagai bidang selain lakonan.
Lebih mengagumkan lagi, Meerqeen merupakan rakyat Malaysia pertama yang dilantik oleh jenama YSL Beauty sebagai duta mereka.
credit: IG meerqeen