Konsep yang dibawa oleh Kool FM dilihat semakin mendapat tempat di hati pendengar. Ini dibuktikan dengan peningkatan peratusan jumlah pendengar mingguan sebanyak 92% berbanding sebelum ini. Berpandukan kajian terbaharu GfK Radio Audience Measurement Survey (RAM), telah berlaku peningkatan terhadap jumlah pendengar mingguan Kool FM kepada 701,000.
Selain itu, pemilihan tajuk perbincangan dan tetamu bagi segmen temu bual juga adalah bertepatan dengan sasaran usia pendengar dan keadaan semasa yang berlaku dalam atau luar negara. Ini bertujuan untuk membolehkan maklumat dan info-info terkini dapat disampaikan dan diperjelas kepada pendengar. Sejajar dengan itu, jumlah pendengar mingguan Kool FM yang berusia 25 tahun juga memperlihatkan penambahan sebanyak 231,000 atau 104%. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pendengar mingguan berusia 25 tahun ke atas adalah sebanyak 454,000.
Bercakap mengenai pengiktirafan Kool FM sebagai Talk Radio Nombor 1 Berbahasa Melayu di Malaysia, Shah Hayatudin, Ketua Audiens Melayu, Kool FM berkata “Pihak kami teruja melihat penerimaan pendengar terhadap perubahan yang dibawa oleh Kool FM terutama sekali dari segi kandungan dan format yang diaplikasikan pada tahun ini. Dengan cara ini kami dapat menghargai dan mendengar suara pendengar dengan menyediakan platform untuk berdebat dan berdiskusi tentang isu semasa dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.”
Tambah Shah lagi, “Kool FM juga bersiaran secara langsung di pelbagai platform lain antaranya YouTube Kool TV, aplikasi di telefon, MyTV dan yang terbaru menerusi JOOX. Dengan platform yang ada ini mampu untuk memudahkan para pendengar untuk mendengar Kool FM tidak kira di mana saja mereka berada. Kami berharap untuk menarik lebih ramai lagi pendengar dengan kandungan yang dibawa dan dapat bersama-sama mengembangkan konsep Talk Radio dengan lebih kuat dan diterima masyarakat. Selain itu, terima kasih kerana telah menjadikan Kool FM Talk Radio berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia”.
Menerajui segmen pagi, Kool FM AG, Haiza & Muaz yang merupakan trio yang akan menemani pendengar dengan mengetengahkan isu semasa nasional dan dunia merangkumi topik polisi, teknologi, sukan, gaya hidup, kesihatan serta isu-isu komuniti bermula Isnin hingga Jumaat, 6 pagi hingga 10 pagi. Meneruskan pengisian gaya hidup, isu viral, motivasi serta hiburan, Kool FM Rea akan menemani pendengar bermula 10 pagi hingga 3 petang. Segmen kendalian Kool FM Izwan Azir bermula jam 3 petang hingga 7 malam akan membincangkan isu nasional, dunia, keusahawanan, sukan dan hiburan dengan gaya yang lebih santai serta bersahaja. Dari jam 7 hingga 8 malam, pendengar boleh merehatkan minda dengan tazkirah Maghrib daripada ustaz jemputan menerusi Refleksi Kool dan diikuti seleksi lagu-lagu terbaik era 60an, 70an, 80an, 90an hingga terkini akan dimainkan bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Kool FM boleh didengari melalui frekuensi FM101.3 (Lembah Klang), FM90.2 (Pulau Pinang), FM93.6 (Kuala Terengganu), FM88.5 (Kota Bharu), FM107.3 (Alor Setar) dan FM104.3 (Kuching). Dengarkan juga di MyTV menerusi saluran 722, aplikasi JOOX atau secara streaming di www.koolfm.com.my dan secara LIVE di YouTube Kool TV. Terlepas dengarkan Kool FM boleh strim semula di Catch Up Kool FM.
Untuk menyertai komuniti dan mengikuti perkembangan terkini Kool FM, boleh ikuti di media sosial rasmi:
- Facebook : Kool FM
- Instagram : @koolfmmy
- Twitter : @koolfmmy
- YouTube : Kool TV