in , ,

SELHAC 2023 Lepasi Sasaran, Menarik Penyertaan Antarabangsa

RM55.7 juta transaksi dicapai melalui padanan perniagaan, dengan hampir 8,000 pengunjung di Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor

Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC 2023) berakhir selepas 3 hari aktiviti pameran, forum seminar dan padanan perniagaan ni Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Lebih 200 pempamer dan hampir 8,000 pengunjung berkumpul di SELHAC 2023 dari 10 hingga 12 Mac 2023, satu komponen penting di dalam perancangan ekonomi negeri secara luas, seperti mana yang digariskan di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Melalui RS-1, industri Halal dikenal pasti sebagai salah satu daripada sembilan sektor fokus bagi mengukuhkan ekonomi negeri itu.

SELHAC 2023 Melepasi Sasaran Perniagaan, Menarik Penyertaan Antarabangsa

SELHAC merupakan acara penting di dalam agenda Halal bagi memposisi dan memanfaatkan kekuatan Selangor dalam mendokong ekonomi halal serantau, melalui pembangunan perniagaan-perniagaan yang mempunyai potensi bagi menembusi pasaran Halal global – yang diunjurkan akan bernilai USD2.8 trilion menjelang tahun 2025.

SELHAC 2023 Melepasi Sasaran Perniagaan, Menarik Penyertaan Antarabangsa

“Kita telah bersama-sama berkongsi nilai dan tradisi, dan memperkuatkan komitmen kepada prinsip-prinsip persahabatan, integriti dan kebolehpercayaan – agar dapat membina suatu komuniti halal yang lebih kukuh dan makmur. Ini adalah sesuatu yang tidak ternilai”, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, YB Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni.

YB Mohd Zawawi mengumumkan beberapa pencapaian di edisi SELHAC tahun ini:

  • Penyertaan ke forum industri halal dan seminar kewangan Islam melebihi 500 orang
  • Jumlah pempamer melebihi 200 bukan sahaja dari Selangor, malahan dari Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan juga dari negara luar
  • Anggaran Jualan sebanyak hampir RM100,000 di pameran SELHAC
  • Sejumlah RM55.7 juta transaksi di sesi-sesi padanan perniagaan yang disertai oleh hampir 100 penyertaan dari pasaraya dan dari luar negara seperti United Kingdom, Kanada, Australia dan Thailand
  • Seramai hampir 8,000 pengunjung menyertai pameran, Seminar Kewangan Islam & Logistik Halal, Forum Rantaian Bekalan dan Penembusan Pasaran, termasuk Persidangan Eksekutif Halal yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Terdapat banyak lagi pencapaian yang tidak dapat dinilai sepanjang penganjuran SELHAC 2023. Di samping peluang-peluang perniagaan dan hubungan yang dicapai, konvensyen ini juga meraikan kekayaan dan kepelbagaian sektor Halal di negeri Selangor”, tambah YB Mohd Zawawi lagi.

SELHAC 2023 dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, dan diurus oleh HIS Toyyiba Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai Halal International Selangor (HIS) yang merupakan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Untuk maklumat lanjut, layari www.selhac.my atau saluran media sosial SELHAC (@halalSelhac)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PORTAL FEATURED ZERO-3

Siti Khadijah Lancar Koleksi ‘Raya In Vougue’ Untuk Wanita & Lelaki

Wanita Malaysia Pertama Dijemput Jadi Penyampai di Bursa Saham Hong Kong