in

Selfie Movie dengan Rambut Sedia Selfie Anjuran SUNSILK

Bagi kebanyakan gadis, saat yang menyeronokkan dan penuh keyakinan selalunya dirakam dengan selfie. Tiada lagi cara yang terbaik untuk mengambil gambar selain dengan rambut yang cantik dan sedia selfie.

Dalam usaha untuk merakamkan saat-saat selfie terbaik, Sunsilk buat pertama kalinya melancarkan Sunsilk Selfie Movie dengan tema ‘Selfie Ready Hair, Anytime, Anywhere’, menjemput para gadis untuk menjadi sebahagian daripada kempen yang riang dan menyeronokkan bagi mendapatkan rambut yang cantik dan sedia selfie.

Sunsilk 9

“Sunsilk sedar bahawa gadis zaman sekarang melalui kehidupan dengan sepenuhnya dan mahu menentukan masa depan mereka sendiri. Kami tahu bukan mudah untuk memiliki rambut yang lembut dan mudah diurus, terutama ketika berhadapan dengan jadual yang sibuk, ataupun cuaca yang tidak menentu. Sebagai jenama yang sentiasa berbicara dengan pengguna, kami menyedari bahawa trend selfie kini semakin popular di kalangan gadis-gadis Sunsilk. Oleh itu, kami melancarkan kempen Sunsilk Selfie Movie untuk memberi keyakinan kepada para gadis dan membantu mereka tampil cantik dan ceria pada bila-bila masa dan di mana jua. Rangkaian penjagaan rambut Sunsilk Smooth & Manageable akan membantu gadis-gadis ini mendapatkan rambut yang lembut dan mudah diurus, manakala Sunsilk Selfie Movie adalah cara kami merakamkan saat-saat rambut terbaik bersama dengan para gadis Sunsilk kami,” menurut Ashlee Ng, Pengarah Penjagaan Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Kempen ini diterajui oleh rangkaian Sunsilk Smooth & Manageable, yang dicipta bersama dengan pakar penjagaan rambut terkemuka di dunia, Yuko Yamashita. Rangkaian penjagaan rambut ini terdiri daripada syampu, perapi, krim rawatan dan krim tanpa bilas.

Sunsilk Bakal Menghasilkan Selfie Movie dengan Rambut Sedia Selfie. Sunsilk menerajui kempen yang menyeronokkan untuk rambut sedia selfie, bermula dengan Sunsilk Smooth & Manageable dengan Minyak Argan

Sunsilk 3

Rangkaian Sunsilk Smooth & Manageable mengandungi Keratin Yoghurt Nutri ComplexTM yang direka untuk menjadikan rambut lebih terurus dan mengurangkan geseran antara helaian rambut bagi menambahkan lagi kelembutan. Berbanding menggunakan format minyak mono biasa, yang cuma ada satu jenis minyak sahaja, rangkaian penjagaan rambut ini mempunyai gabungan unik lima jenis minyak semula jadi. Satu daripadanya adalah minyak Argan, juga dikenali sebagai cecair emas, yang berasal dari Morocco.

Dengan menggunakan hanya 100% minyak Argan organik bersijil dari Morocco, produk ini menghasilkan lapisan perlindungan ultra ringan yang membantu menyuburkan rambut. Minyak Argan digunakan dalam Sunsilk Smooth & Manageable untuk membantu melembapkan rambut dengan meresap ke dalam serat rambut untuk meningkatkan kelembutan dan membaiki kerosakan rambut dari dalam.

Minyak Argan juga secara tidak langsung bermanfaat untuk menyuburkan kulit kepala kerana ia mengandungi Vitamin E, iaitu antioksidan semula jadi yang membantu menguatkan serat rambut dan mencegah kerosakan rambut.

Sunsilk 2

Selain minyak Argan, Sunsilk Smooth & Manageable juga mengandungi minyak kelapa, minyak badam, minyak Jojoba dan minyak zaitun, dengan setiap satu daripadanya menjadi pelengkap kepada keberkesanan minyak Argan. Minyak kelapa membantu menyuburkan rambut, menjadikannya lebih lembut dan mudah diuruskan, manakala minyak badam untuk keanjalan rambut. Minyak Jojoba pula membantu mengekalkan bentuk rambut dan minyak zaitun menambah kelembutan dan kelicinan rambut yang tidak terurus.

Untuk menyertai peraduan dan menjadi sebahagian daripada Sunsilk Selfie Movie, para gadis dijemput melayari www.sunsilkmalaysia.my/selfiemovie dan memuat naik selfie mereka. Mereka akan diberikan satu peluang untuk memuat naik selfie mereka sebagai permulaan.

Sekiranya mereka ingin memiliki lebih peluang untuk memuat naik selfie, mereka perlu membeli produk Sunsilk bernilai sehingga RM15, termasuk Sunsilk Smooth & Manageable, di Watsons atau Tesco. Dengan menggunakan bukti pembelian ini, mereka boleh memuat naik empat selfie atau wefie mereka sendiri. Sepuluh (10) orang pemenang bertuah akan menerima hadiah kamera selfie bernilai RM3,000.00. Peraduan ini akan berlangsung dari 3 Mac 2015 sehingga 3 Mei 2015 . Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunsilkmalaysia.my/selfiemovie.

Sunsilk 1

Sunsilk Sleek_Product Fact Sheet

Sunsilk 8

Sunsilk 5

Sunsilk 4

Sunsilk 6

Sunsilk 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harga ZALORA Lebih Murah Selepas GST

Go Shop Adakan Promosi Istimewa April