Menurut Iqbal Zulkefli dia mahu kurus demi kesihatan diri serta selepas membaca komen wanita lebih suka lelaki kurus.
Terbaru, Iqbal memaklumkan dia baru saja selesai menjalani proses menguruskan badan di hospital dan tidak boleh makan selama sembilan hari. Tambahnya lagi, sepanjang tiga hari dia hanya boleh minum air tidak lebih segelas.
Dalam pada itu, Iqbal berkata dia perlu banyak bersaba dan perlu manahan lapar daripada sebarang makanan. Katanya lagi, sejak melakukan prosedur berkenaan dia juga kerap muntah.
“Saya perlu banyak bersabar menahan lapar selama sembilan hari dan langsung tidak boleh sentuh makanan.
– Iqbal Zulkefli
“Setiap 10 minit sekali saya perlu minum air sikit-sikit sahaja. Sejak program kurus dilakukan, saya muntah sangat kerap,â€
Terdahulu, Iqba berkata dia sanggup melabur wang ringgit yang banyak dan akan usahakan berapa saja kos diperlukan untuk melakukan prosedur potong usus.