Dalam pada itu, Neelofa turut memohon maaf kepada Nilofa Group naungannya kerana tidak dapat hadir ke acara kelolaan syarikat itu yang dijadualkan semalam (16 September). Menurut pengacara itu, keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia tidak dapat hadir untuk bersama Nilofa Group.
Berterima Kasih Kepada Kakitangan Hospital
Meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan baik, kongsi Neelofa lagi dia turut berterima kasih kepada kakitangan hospital berkenaan selepas selesai melakukan prosedur endoskopi.
Bagaimanapun sehingga kini, Neelofa tidak mendedahkan penyakit yang dialaminya dan sekadar berkongsi kerjayanya di media sosial.
Sumber: Murai