Kebisaannya program masakan yang disiarkan berkongsi resipi air tangan istimewa golongan selebriti atau pun artis popular. Namun menerusi program masakan terbaharu yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Selera Sempoiâ€, penonton berpeluang menyaksikan atlet sukan negara pula ‘turun padang’ menunjukkan anda cara memasak hidangan ringkas namun berkhasiat bersama pengacara Chef Andri Hadi.
Sepanjang 13 episod siarannya bermula pada 12 Oktober ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 11.05 pagi menerusi TV1, Chef Andri Hadi dengan dapur bergerak karavannya, menunjukkan cara masakan yang mudah dibuat atau secara ringkas. Namun setiap resipi yang dihidangkan akan dinyatakan juga keistimewaan zat yang ada di dalamnya.
Kongsi Resipi Sihat Atlet Negara Dalam Program SELERA SEMPOI di TV1
Pemakanan yang sihat dan berkualiti memang membantu atlet meningkatkan prestasi diri. Perancangan yang betul dalam plan pemakanan atlet perlulah seimbang dan memenuhi keperluan nutrien yang sepatutnya.
Episod pengenalannya membawa Chef Andri pergi ke Stadium Negara untuk membuat masakan bersama Farah Ann Abdul Hadi, atlet gimnastik negara bagi acara gimnastik dan berada di Gimnasium Negara, Bukit Jalil. Dalam karavannya, mereka bersama memasak resipi “Risotto Cendawan†dan “Air Tomato Oren Bersusuâ€.
Episod seterusnya berada di Bayuemas Indoor Bowls Stadium bersama Mohd. Azwan Shuhaimi, atlet boling padang negara, pemenang pingat emas di Asian Lawn Bowls Championshp (2005) dan pingat perak di Sukan SEA ke- 23. Mereka berkongsi resipi “Udang Cili†dan “Jus Naga Susuâ€.
Chef Andri dengan karavannya turut ke Lapang Sasar Menembak di Bukit Jalil menemui Nur Ayuni Farhana Abd. Halim, atlet menembak negara yang berpengalaman selama 8 tahun dalam sukan menembak dan telah mewakili negara ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2010. Menu mereka untuk kali ini adalah “Cous Cous Siakap Tomtam†dan “Jus Epal Merah Strawberryâ€.
Seterusnya Chef Andri pergi ke trek balapan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dan menemu bual Nauraj Singh Randhawa, Atlet balapan bagi acara lompat tinggi dengan pencapaian meraih pingat emas di Sukan SEA ke-23 di Myanmar dan mewakili negara bagi acara tersebut ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2013. Sambil bercerita mereka memasak “Canape Udang Salsa Mangga†dan “Jus Mangga Yogurtâ€.
Menerusi episod lain Chef Andri pergi ke Kompleks Sukan Negara untuk bersama atlet Shree Sharmini Segaran, atlet karate negara, pemegang gred DAN/KYU (1 DAN) dan pernah meraih pingat gangsa untuk acara Kumite Wanita 68kg di Jakarta dalam tahun 2013. Mereka bersama memasak “Faritas Ayam Panggang & Labu Penyek†dan “Jus Labu Maduâ€.
Ikuti juga episod bersama tetamu undangan Nor Hashimah Ismail di Bayuemas Indoor Bowls Stadium berkongsi berpengalaman selama 19 tahun dalam boling padang dan telah mewakili negara ke peringkat antarabangsa sejak tahun 1995. Kunjungan ke Lapang Sasar Menembak, Majlis Sukan Negara di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil bersama seorang ahli sukan menembak negara, Mohd. Ridzhuan Mohamed.
Bertempat di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid bersama atlet boling negara, Isaac Russell Paul yang mewakili Negara sejak tahun 2008 dan pada tahun 2012, Isaac pernah memenangi Kejuaraan Peringkat Kebangsaan.
Turut ditemubual atlet renang negara, Khoo Chai Lin, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Mohd. Fitri Saari (atlet hoki negara), Nurrashidah Abd. Rashid (pemain takraw negara), Syaidatul Afifah (pemain bowling wanita negara), dan Nadia Abd. Rahman (pemain hoki wanita negara).
Resipi istimewa yang turut disediakan “Burger Sayuran & Kacang Kudaâ€, “Salad Ayam Avokadoâ€, “Ubi Keledek Mera & Tuna Mixâ€, “Kari Ayam Bayam & Nasi Jintan Manis Jagungâ€, “Penne Pasta Bebola Daging Epalâ€, “Kebab Kambing & Sos Nenasâ€, “Salmon Percik dan Salad Mentega Kacang†juga “Pasta Filet Ikan Merahâ€.
Jus berkhasiat yang perlu dicuba “Jus Tembikai Susu Ceriâ€, “Jus Avokado Cip Kokoâ€, “Jus Betik Delimaâ€, “Jus The Hijau Bayamâ€, “Jus Epal Hijau Pegagaâ€, “Jus Nenas Kelapa Mudaâ€, “Jus Nangka Madu Epal†dan “Jus Pisang Bluberryâ€.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.