Menerusi video pendek itu, ucapan yang disampaikan lelaki ini didakwa kurang sesuai kerana mempertikai masa lalu lelaki warga emas yang berada di hadapannya.
Bukan sahaja menjatuhkan air muka warga emas tersebut, cara dia bercakap dengan nada tinggi juga dipertikai netizen.
Lelaki itu juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia merupakan insan terpilih yang telah dihantar oleh Tuhan untuk membantu mereka semua.
Saya nak tanya korang, korang nak masa tua nanti baru menyesal ke? Pernah tak uols dream one day tak kisahlah you agama apa you pray to God show me the way how I’m going to change my life. Pernah tak?.
What if today God send me to you guys. You wish your doa tu Tuhan how to change my life. Today God send me to help you.
– Carl
Video itu bagaimanapun telah dipadam di akaun Instagram ahli perniagaan tersebut namun sempat disimpan oleh pengikutnya sebelum tular di media sosial.
PERMOHONAN MAAF TELAH DIBUAT
Terdahulu, tular sebuah video seorang lelaki yang menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia merupakan insan terpilih yang telah dihantar oleh Tuhan untuk membantu mereka semua.
Orang ramai meluahkan rasa kesal susulan tular sebuah rakaman seorang lelaki dipercayai seorang influencer bertindak memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini.
Difahamkan individu tersebut hadir bersama beberapa orang pekerjanya ke pusat transit berkenaan bagi memberi bantuan dan dipercayai mengambil kesempatan itu untuk memberi para gelandangan di situ sedikit motivasi.
Dikompaun kerana langgar SOP
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi semalam apabila individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan.
Katanya, pihaknya telah memanggil individu itu ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan insiden itu.
“Kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,500 kepada individu itu atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di pusat transit gelandangan tersebut.
“Tindakan ini adalah mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) Pelan Pemulihan Negara 2021,†katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi wabak Covid-19.
Jelasnya, kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa.