Ciapan di Twitter, dari akaun pengguna bernama @eshwaaaaarya itu menulis: “Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture.â€
Kenyataan wanita berbangsa India ini mengambarkan seolah-olah Mira Filzah sedang mengexploitasi budaya kaum India untuk mengaut keuntungan.
Namun Mira Filzah menyangkal dakwaan ini dan berkata pemilihan pakaian ini untuk tujuan promosi produk. Mira Filzah membalas kenyataan itu dan menjelaskan dia meminati dunia Bollywood sejak kecil.
Penjelasan Mira Filzah itu mendapat pujian netizen yang menggambarkan aktres muda ini seorang yang matang menyelesaikan masalah.
Walaupun wanita itu sudahpun memohon maaf kepada Mira Filzah atas tuduhannya, namun ia tidak terhenti di situ saja. Wanita itu menjadi sasaran untuk dikritik malah dicaci di laman twitter.
Dalam salah satu ciapannya, wanita itu terpaksa memutuskan untuk menutup mesej (DM) kerana terlalu banyak pembuli.
“Saya akan menutup DM saya, maaf. Terlalu banyak pembuli. Jika anda ingin bertanya mengenai penguasaan budaya, sila balas di sini dan saya akan menghubungi anda suatu ketika nanti tetapi saya akan menyekat sebarang komen yang membenci,”
– @eshwaaaaarya
Mungkin wanita ini tiada niat untuk mengguriskan hati sesiapa namun kedua-duanya sudah bermaafan. Yang masih bercakaran sehingga sekarang adalah dikalangan netizen.
Mereka terus berbunyi, maki hamun, menjadi pembuli dan mengeruhkan lagi keadaan. Bawa-bawalah bertaubat ya netizen!