Netizen masih berteka teki tentang siapakah pelawak yang pernah jadi Naib Juara Maharajalawak Mega dan berumur 40an.
Antara nama nama yang dipetik adalah Tauke Jambu dan Shahrol Shiro tetapi netizen memetik satu lagi nama iaitu Joey Daud daripada kumpulan Joras.
Tauke Jambu telah keluar kenyataan bahawa dia tidak terlibat dan Shahrol Shiro juga telah pun mengeluarkan kenyataan.
Dari semalam Joey Daud tidak menunjukkan apa apa aktiviti di akaun sosial media beliau dan netizen mula merasakan pelawak yang ditanggkap adalah Joey Daud.
Hari ini isteri Joey Daud telah memuatnaik satu video menunjukkan bahawa suami dia elok je duduk kat rumah.
Video yang dimuatnaik di instagram story Watie Elite jelas menunjukkan Joey berada dirumah.
Dalam video tersebut kelihatan Joey Daud sedang bermain patung gajah.
Jadi siapa sebenarnya pelawak tersebut? Netizen kembali berteka teki dan pihak poliss tiada keluarkan apa apa kenyataan rasmi mengenai identiti pelawak tersebut.
Update Terkini dari PDRM
Pelawak Bebas Dengan Jaminan Polis
Seorang lelaki yang dipercayai pelawak terkenal dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas ditahan sejak Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi se.ks di Kuala Pilah.
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, siasatan kini masih berjalan seperti biasa sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.
“Selepas keterangan individu berkenaan diambil, kita telah membebaskannya pada semalam.
“Bagaimanapun siasatan lanjut tetap dijalankan seperti biasa sebelum kes itu dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Media sebelum ini melaporkan, lelaki terbabit dipercayai pelawak berusia 40an itu ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah menerusi serbuan Op Pintas.
Difahamkan, polis turut berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau sewaktu serbuan berkenaan.
Polis turut memberitahu, lelaki tersebut turut berdepan tindakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan siasatan masih kekal mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyelu.dupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan huku.man pen.jara tidak lebih 15 tahun serta den.da jika sabit kesalahan.
Justeru, pihaknya turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu siasatan.
“Kita (polis) tidak tahu dia pelawak jadi jangan keruhkan keadaan bagi ruang pada pihak polis selasaikan siasatan.
“Walaupun telah bebas tetapi siasatan masih berjalan jadi saya mohon orang ramai jangan buat spekulasi,” katanya lagi.