in , ,

Selepas SUPERSTAR, MOJO Kembali Dengan Single Ke-2 Berjudul KORBANKAN KITA

Tambahnya lagi “Terhasilnya “Korbankan Kita” kerana ia menguji skala vokal Aweera yang tinggi dan juga menyelitkan elemen-elemen trademark MOJO seperti koir dan iringan orkestra.”

Single pertama MOJO setelah membuat comeback berjudul “Superstar” yang dilancarkan pada bulan Februari 2023 telah mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia serta United Kingdom dan Amerika Syarikat.  

Terkenal dengan lagu-lagu balada yang berjaya mendominasi carta-carta radio serta televisyen tempatan selama lebih 70 minggu sepanjang tahun 2012 sehingga 2015, MOJO kini kembali dengan mempertaruhkan lagu bergenre balada berjudul “Korbankan Kita” sebagai single kedua. 

Selepas SUPERSTAR, MOJO Kembali Dengan Single Ke-2 Berjudul KORBANKAN KITA

Dari sudut nukilan lirik, “Korbankan Kita’ sebuah lagu tentang kesetiaan apabila diuji dengan godaan luar, namun cinta yang utuh akhirnya mengekalkan kebahagiaan dalam sebuah ikatan. Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.  

Manakala video muzik “Korbankan Kita” yang berkonsepkan filem pendek mengenai pengalaman kehidupan dan cabaran yang sering dihadapi dalam satu perhubungan, diarahkan oleh Syahmi Afif.

“Apabila MOJO bergabung semula, kami memerlukan sebuah lagu balada yang besar, tetapi mempunyai kelainan dari Romancinta, Dahsyat dan Andai Ku Bercinta Lagi”

– Edry

Tambahnya lagi “Terhasilnya “Korbankan Kita” kerana ia menguji skala vokal Aweera yang tinggi dan juga menyelitkan elemen-elemen trademark MOJO seperti koir dan iringan orkestra.”

Lagu “Korbankan Kita” kini berada di kesemua platform penstriman digital manakala video muziknya boleh di tonton di saluran YouTube KRU Music dan MOJO. 

Untuk maklumat lanjut mengenai MOJO, sila layari dan like akaun YouTube, Instagram, Tik Tok, Facebook, Telegram dan Twitter MOJO.

Selepas SUPERSTAR, MOJO Kembali Dengan Single Ke-2 Berjudul KORBANKAN KITA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iqiyi

iQIYI Lancar Rancangan Aneka Hiburan Pertamanya Bersama GrabFood Malaysia

APPLE VISION PRO

Apple Perkenal Apple Vision Pro di WWDC 2023, Harga dari RM16,000