Penyanyi Misha Omar membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaru berjudul TANPA RELA. Menerusi laman sosial Instagram, Misha memuat naik sedutan lagu baru tersebut untuk tatapan umum.
“Assalamualaikum, tepat detik 12 malam nanti kalian akan dapat menikmati, menghayati lagu dan video muzik terbaru saya berjudul Tanpa Rela,†tulisnya menerusi ruangan kapsyen.Â
– Misha Omar
Menurut Misha, lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu terdahulunya dimana beliau memberikan penglibatan penuh didalam penghasilan lagu ini. Bukan hanya menyanyi, Misha turut terlibat dalam mencari melodi dan berkolaborasi dengan komposer Lee Sze Wan dari segi susunan muzik
Tambah Misha atau lebih mesra disapa Kak Mitch, penghasilan lagu terbaharunya ini memberikannya banyak pengalaman manis lebih-lebih lagi dapat bekerja bersama Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik.
“Saya juga terbabit dalam penulisan lirik,â€
– Misha Omar
Yang menariknya tidak sampai sehari Muzik Video Tanpa Rela dilancarkan di Youtube dan diperdengarkan kepada orang ramai, peminat sudah meramalkan yang lagu ini bakal dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk tahun hadapan.
Tanpa Rela sudah boleh distrim menerusi platform penstriman bermula 18 September lalu.