in ,

Selepas Noor Kartini Mohon Maaf, Status Terbaru TMJ Ini Boleh Buat Mereka Terkedu

Sejak semalam, kecoh di media sosial berhubung posting Instagram (IG) Story membabitkan ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Terbaru, menurut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan kes itu sudah diambil alih oleh polis Selangor untuk siasatan secara rapi.

“Keterangan wanita terbabit sudah diambil pihak polis sebelum ini. Bagaimanapun jika perlu, pihak polis akan memanggilnya semula untuk membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan kes IG Story itu yang berbaur penghinaan kepada Sultan Johor selepas usahawan berusia 54 tahun tersebut membuat laporan polis, petang semalam.

Dalam IG story terkini, TMJ ada memuat naik status tidak mahu melayan orang gila atau benda gila. Menurut TMJ lagi, dia hanya mahu memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu. Tidak mengatakan scara spesifik, rata-rata dapat mengagak status tersebut ada kaitan dengan apa yang telah berlaku antara IG Ibu kepada Neelofa dan Sultan Johor.

TMJ

Terdahulu, Noor Kartini membuat permohonan maaf kepada Istana Negeri Johor khususnya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kekhilafan seorang pekerja memuat naik komen berbaur sensitif menggunakan akaun Instagram miliknya.

Menurut Noor Kartini, dia menyedari isu berhubung tangkap layar daripada Instagram Story miliknya setelah bertebaran di media sosial yang memaparkan komen mengenai sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

Kata beliau, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerjanya yang mempunyai akses kepada akaun Instagram miliknya.

Perkara tersebut timbul selepas ramai membuat ciapan di Twitter mengenai ibu Neelofa itu yang dikatakan berani membuat kenyataan berbaur cabaran menyentuh isu perlembagaan diraja.

Insta Story yang dimuat naik Tunku Idris namun sudah dipadamkan.

Hantaran yang dimuat naik berbunyi ‘kalau prihatin suruh lah Agong batalkan darurat!! Cakap je lebih!!’ disertakan dengan video latar belakang memaparkan wajah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian daripada keluarga diraja tersebut dan antara yang memberi tanda isyarat mengenai hantaran itu ialah anakanda ketiga baginda iaitu Tunku Idris Iskandar.

Respons yang diberikan oleh Tunku Idris menerusi akaun Instagramnya juga menerima reaksi pelbagai daripada para pengikutnya selepas dia memuat naik sebuah ayat yang dipercayai merujuk kepada perbuatan itu.

Dalam pada itu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim ada berkongsi sepotong ayat daripada Saidina Ali Abi Talib yang menyentuh mengenai adab.

Perbualan Noorkartini dengan pekerja yang menyalahgunakan akaun Instagramnya.

“Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli akan tetapi ia adalah suatu yang terbit dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik.

“Bukanlah fakir itu orang yang tiada emas atau pun harta tetapi fakir itu orang yang tiada adab juga akhlaknya,” demikian berdasarkan perkongsian berkenaan.

Bagaimanapun, Noor Kartini menafikan dia memuat naik IG Story tersebut sebaliknya mendakwa kecuaian pengurus media sosialnya yang tersilap menggunakan akaun @noorkartini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke-37 Buat TV3, Tahniah! Kekal Jadi Stesen Nombor Satu Malaysia

Disney+ Hotstar Dilancarkan Hari Ini, Sebelum Melanggan, Ini Anda Yang Anda Perlu Anda Tahu