Menurut sumber, kilang Sony di Pulau Pinang akan ditutup pada September 2021 sebagai salah satu langkah dalam penstrukturan semula operasinya.
Menurut Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang Dato’ Haji Abdul Halim Haji Hussain, penutupan kilang Sony ini akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan kepada 3,400 jumlah pekerja. Seramai 1,800 pekerja adalah warganegara tempatan, manakala 1,600 pekerja selebihnya adalah warga asing.
Beberapa pekerja akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi, manakala kerajaan akan membantu mencari pekerjaan baharu untuk pekerja lain yang terkesan. Apa pun, penutupan kilang ini akan dilakukan secara berkala.
Memandangkan penutupan ini adalah sebuah langkah yang perlu sebagai proses peralihan, Sony bakal menstruktur semula operasinya secara global. Setakat ini, Sony masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenainya.
Baru-baru ini, Nikon juga bakal menamatkan operasinya di Malaysia pada hujung Disember 2020 ini.