Walaupun sudah hampir dua tahun berlalu, suasana masih dapat dirasai peminat setianya.
Tiket yang ada juga habis terjual sehingga terpaksa menambah kapasiti penonton bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin melihat buah hati Malaysia itu beraksi di pentas Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Konsert yang berlangsung lebih kurang 3 jam itu seperti tidak cukup untuk peminat pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.
Jika dibenarkan, mungkin peminat ingin habiskan masa satu malam untuk mendengar Siti Nurhaliza menyanyikan lagu-lagu hitnya.
Impian untuk melihat penyanyi yang berusia 41 tahun itu kembali beraksi di atas pentas mungkin akan tercapai lagi apabila beliau sendiri menyatakan bakal mengadakan konsert pada tahun hadapan selepas selesai melahirkan anak keduanya.
Menurut beliau, sudah ada penganjur yang telah bersetuju untuk mengadakan konsert untuknya pada tahun hadapan.
“Insya-Allah, tahun depan saya akan mengadakan konsert pada hujung tahun, setelah saya melahirkan anak kedua ini.
“Pihak penganjur telah pun bersetuju untuk mengadakan konsert, jadi saya akan fokus untuk konsert di Malaysia terlebih dahulu,” jelasnya.
– Datuk Seri Siti Nurhaliza
Sama-sama kita nantikan konsert daripada penyanyi nombor satu Malaysia ini dan kita doakan Siti serta kandungannya sentiasa sihat.
*Sumber: Astro Awani