Sentiasa berusaha membawa pembaharuan di dalam muzik beliau, Wani Kayrie kali ini memilih untuk berusahasama buat pertama kalinya bersama gabungan hitmaker terkenal Hael Husaini dan Ezra Kong yang bertindak selaku komposer, penulis lirik dan penerbit single terbaru ini.
“Aksara” merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud “huruf” atau simbol yang melambangkan sesuatu. Ia juga mempunyai maksud lain yang menggambarkan “keutuhan” serta “kekebalan”.
Lagu “Aksara Cinta” ini mengisahkan tentang pergolakan perasaan yang di hadapi oleh seseorang ketika mengenangkan cinta yang di pertahankan sekian lama akhirnya di sia-siakan dan mula merasa putus harapan dalam mencari kebahagiaan. Namun, ianya bukanlah sebuah pengakhiran.
“Aksara Cinta” dan kesemua single-single terdahulu Wani Kayrie terbitan Suria Records boleh didengari di kesemua platform music streaming pilihan ramai dan kesemua muzik video boleh di tonton juga di saluran YouTube rasmi Suria Records, SuriaRecordsSRC.