in ,

Selepas Keluar Pusat Tahanan, Rezeki Dai Syed Makin Murah, Kini Dilantik Jadi Duta Produk DYXY

CABARAN dan dugaan membuatkan hidup seseorang itu lebih indah. Walaupun pernah diuji ditempatkan dalam Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang selama 20 hari, pada Disember tahun lalu, pendakwah selebriti Dai Syed percaya banyak hikmahnya.

Antaranya adalah rezeki Dai Syed semakin murah apabila berpeluang muncul dengan lagu baharu berjudul Ya Habib dan dilantik sebagai duta produk Dyxy untuk wangian Ya Habib.

“Lagu ini menceritakan kisah seorang anak muda yang sedang berjalan dalam kehidupan. Di mana ketika berjalan dia diuji, dia dicemuh, berasa sedih dan jiwanya meronta-ronta, ketika itu dia teringat kepada seseorang yang digelar Ya Habib atau guru.

“Lagu ini berkaitan dengan perjalanan hidup saya. Saya tulis ketika berada dalam pusat tahanan.

“Selama 20 hari berada dalam tahanan, saya cipta lirik dan lagu dan pastinya ia merupakan satu moment yang dinantikan oleh peminat-peminat saya.

“Dalam lagu ini memang ada menceritakan ketika saya berada kat dalam (tahanan), saya pernah muntah-muntah dan ada anxiety. Begitu juga dengan rasa sedih dan meronta-ronta dan itu semua diluahkan dalam lirik lagu ini.”

DAI SYED DIFITNAH

Di sebalik kontroversi itu, Dai Syed sebagai duta wangian Ya Habib tidak berasa bimbang jika ada pihak yang cuba memboikotnya.

“Kalau ada yang boikot, saya sentiasa positifkan diri saya dan tidak menganggap orang boikot saya itu dia salah.

“Saya tidak pernah menyalahkan bahkan saya memaafkan semua orang. Sebaik-baik orang adalah orang yang meminta maaf, lagi baik adalah orang yang memaafkan.

“Saya tidak ada rasa dendam. Sakit hati itu ada tetapi tidaklah sampai tahap dendam. Tak perlu kutuk balik. Saya hanya mendiamkan diri dan memberi positif kepada orang,” katanya yang bersyukur masih ramai yang menyokong dan sentiasa mendoakannya.
Bagi Syed, walaupun ramai yang memandang negatif terhadapnya, masih ramai yang positif terhadapnya.

“Keyakinan itu atas mereka sendiri. Saya sebagai seorang penjual dan duta wangian Ya Habib ini, saya tidak memaksa orang untuk membeli produk ini. Nak beli, belilah, tetapi saya melihat sokongan orang luar yang sangat positif terhadap saya. Sehinggakan ada yang mendoakan saya walaupunn kami tidak saling mengenali.

“Saya bukan sekadar menjual produk sahaja, tetapi juga ingin membantu masyarakat tidak kira usia untuk berniaga dengan saya. Maknanya, Kalau kita selalu buat positif kepada orang, orang akan selalu buat positif kepada kita,” ujarnya lagi.

Mengenai lagu Ya Habib, sebagai penulis lirik Syed juga berkolaborasi dengan Ryan Deedat, Adam Armin, Yusuff Khan dan Adly Kiddy selaku komposer.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DYXY, Shah Hafiz memberitahu pihaknya juga turut terlibat dengan pembikinan muzik video (MV) lagu Ya Habib menerusi DYXY Media.

Pada 15 Disember lalu, Syed Iqmal dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 masing-masing RM25,000 di Mahkamah Petaling Jaya dan RM10,000 di mahkamah Shah Alam.

Dalam pertuduhan ke atasnya pada 10 Disember lalu, Syed Iqmal mengaku tidak bersalah bagi tiga tuduhan jenayah seksual masing-masing di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya serta Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor.

*Sumber: WILAYAHKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rezeki Lakonan Ada Naik Turun, Saharul Ridzwan Cuba Nasib Jual Wangian Ode Scents

Hikmah PKP, Nabil Ahmad Mohon Doa Agar Terus Istiqamah Mencari Keredaan Dalam Kehidupan