Menurut laporan yang diterbitkan di laman Reuters, jenama Apple dikatakan akan dibantu oleh pihak ketiga bagi menyediakan beberapa komponen teknologi dalam melengkapi kenderaan tersebut dengan sistem pandu sendiri dan sistem Light Distance And Ranging (LIDAR). LIDAR adalah suatu kaedah di mana ia merupakan teknologi untuk mengukur jarak dari objek dengan menggunakan cahaya.
Bukan itu sahaja, teknologi bateri Apple dilaporkan akan membenarkan kenderaan tersebut untuk dipandu dengan jarak yang lebih jauh dengan kos yang lebih rendah. Walaupun begitu, perkara tersebut belum lagi disahkan dari pihak Apple.
Berita ini dipercayai bukanlah kali pertama jenama Apple mengatakan ingin mengeluarkan kereta mereka tersendiri. Terdahulu, terdapat laporan yang mengatakan jenama Apple akan membina kereta mereka tersendiri namun, perkara tersebut dipercayai tidak benar.
Jenama dari Amerika Syarikat tersebut difahamkan telah memfokuskan diri kepada pembinaan sistem kenderaan autonomi yang turut dikenali sebagai kenderaan pandu sendiri dan bukannya pengeluaran kenderaan berjenama Apple.
*Sumber: Vocket