Kini, syarikat pengeluar telefon pintar yang lain pula ingin melakukan perkara yang sama. Terbaru, di dalam talian OnePlus dilihat telah menfailkan nama ‘OnePlus Tag’.
Berdasarkan penyenaraian tersebut, pada 18 Mei lalu, OnePlus telah menempah nama OnePlus Tag. Ini bermakna OnePlus mempunyai perancangan untuk bersaing dengan Apple dan Samsung di dalam pasaran pengesan objek pintar.
Selain itu, ini juga memberi petanda bahawa peranti masa hadapan OnePlus mungkin menyokong jaringan ultra lebar (Ultra Wideband).
Namun begitu, ia tidak bermakna OnePlus akan melancarkan peranti tersebut dalam masa terdekat. Terdapat juga kemungkinan bahawa ia tidak akan dihasilkan.
Terdapat juga berita tentang syarikat OPPO yang ingin juga terlibat di dalam pasaran ini.
Adakah anda setuju dengan langkah OnePlus ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena