in ,

Selepas 15 Tahun Ditayangkan. K-Drama PRINCESS HOURS Bakal Lakukan Remake Version

Ingat tak drama popular tahun 2006 iaitu “Princess Hours”? Memang hebat kan penangan naskhah itu di serata Asia. Kalau anda nak tahu, khabarnya komik asal iaitu “Goong” sudah sah bakal mendapat adaptasi kali kedua nanti. Serius lah?!

Drama Korea popular, Princess Hours yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2006 ini disahkan bakal melakukan remake setelah 15 tahun ianya ditayangkan.

Menurut Sports Kyunghyang, syarikat pengurusan yang menguruskan manhwa telah menandatangani kontrak remake dengan syarikat produksi drama Group8 yang telah menghasilkan drama-drama popular seperti Boys Over Flowers, Hey Ghost, Let’s Fight, dan Princess Hours pada tahun 2006.

Drama PRINCESS HOURS

Kalau anda nak tahu, “Princess Hours” membawa kisah dunia alternatif di mana Korea Selatan diperintah di bawah perlembagaan monarki. Teraju utamanya ialah putera raja yang terpaksa berkahwin dengan seorang wanita biasa. Komik tersebut mula diterbitkan sejak 2003 dan terus menjadi siri popular selama 10 tahun lamanya.

Drama PRINCESS HOURS

Drama Princess Hours ini mengisahkan seorang putera mahkota yang mengahwini seorang gadis dari sekolah menengah yang biasa, dan apa yang akan berlaku kepada keluarga diraja tersebut setelah perkahwinan itu berlangsung.

Drama ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Yoon Eun Hye, Ju Ji Hoon, Kim Jeong Hoon, dan Song Ji Hyo.

CEO Jaedam Media, Hwang Nam Yong menjelaskan mengapa mereka membuat keputusan untuk melancarkan remake Princess Hours.

“Ianya perlu untuk hasilkan karya baru, tetapi saya rasa penting juga untuk pengembangan harta intelek (intellectual property) supaya kita terus mengekalkan karya yang sedia ada juga. versi baru princess hours ini bakal menjadi contoh utama bagaimana proses ini dapat diteruskan.”

– Hwang Nam Yong

Bukan sahaja drama, “Goong” turut diterjemahkan kepada pelbagai medium lain seperti noverl dan juga muzikal. Bahkan siri “Princess Hours” turut mempunyai sekuelnya iaitu “Goong S” (“Prince Hours”) pada tahun 2007.

Walaubagaimanapun, masih belum ada detail mengenai bila remake ini akan ditayangkan, atau siapakah yang bakal memainkan watak yang terdapat dalamPrincess Hours.

“Princess Hours” ternyata disukai ramai sampaikan kepopularitian para pelakonnya iaitu Ju Ji-hoon, Yoon Eun-hye dan Song Ji-hyo melonjak sehingga ke persada antarabangsa.

Tak sabar nak tengok Princess Hours versi remake ni! Sama best ke dengan versi asal 2006 dulu?

Mesti korang tak sabar nak nantikan adaptasi kali kedua ini kan?

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tolak Tawaran Berlakon Sementara Waktu, Fikry Ibrahim Balik Kampung Jaga Ibu

Telemovie ‘Tebus’ & ‘5 Hari Kita Bertemu’ Lakonan Reen Rahim di RTM