“Selepas 11 tahun dengan Sam, hari ini, Allah nak tunjuk! Ya Allah, kenapa sampai hati awak tipu saya.”
Demikian kata pelakon, Syatilla Melvin meluahkan rasa terkilannya terhadap sikap suaminya, Shaheizy Sam yang menyembunyikan sesuatu.
Namun, itu hanyalah gurauan semata-mata kerana apa yang dikongsikan Syatilla adalah kemiripan wajah suaminya dengan atlet angkat berat Uzbekistan, Adkhamjon Ergashev.
“Awak tak jujur! Semalam, awak keluar cakap nak pergi Bukit Jelutong sekejap saja! Kenapa tak terus terang saja cakap awak kena lari pergi stadium?
“Saya sumpah, okay kalau awak jujur! Lama aku tunggu ikan kembung, bunga kantan semalam nak buat laksa tapi tak sampai-sampai.
“Alih-alih, hari ini kantoi video awak masuk TV,” tulisnya di Instagram mengiringi gambar suaminya dan potongan video atlet itu.
Tidak berdiam diri, Sam membalas dengan permohonan maaf di Instagram.
“Saya terpaksa rahsiakan kepada awak. Maafkan saya Malaysia. Tak ada sesiapa patut tahu saya merentas negeri,” tulisnya.
Sam juga turut menanda (tag) nama Instagram atlet itu.
Rata-rata memberi komen tercuit dengan gurauan suami isteri itu sekaligus yang benar-benar mencuit hati.
Shaheizy Sam Disamakan Dengan Atlet Uzbekistan
Dalam kehangatan sukan Olimpik yang sedang berlangsung di Tokyo, Jepun pada waktu ini, pelakon, Shaheizy Sam, 39, tidak ketinggalan mendapat tempias daripadanya.
Didakwa mempunyai rupa paras yang sama dengan seorang atlet angkat berat dari Uzbekistan, Adkhamjon Ergashev, 23, perkara tersebut menjadi bahan bualan ramai di kalangan pengikut dan peminatnya di media sosial.
Menyedari perkara tersebut, Sam sendiri ada memuat naik satu hantaran video yang memaparkan Adkhamjon sedang beraksi dalam sebuah acara sukan.
“Saya terpaksa merahsiakannya pada awak Syatilla. Maafkan saya Malaysia. Tiada siapa patut tahu yang saya merentas negeri. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tak beri surat,”katanya di ruangan kapsyen di Instagramnya.
Menyahut jenaka itu daripada Sam, isterinya, Syatilla Melvin turut dilihat memuat naik sekeping gambar pelakon tersebut dan sebuah video aksi Adkhamjon di akaun Instagramnya.
“Selepas 11 tahun dengan Sam, hari ini Allah SWT nak tunjuk! Ya Allah, kenapa sampai hati awak tipu saya? Awak tak jujur! Semalam awak keluar cakap nak pergi Jaya Grocer, Bukit Jelutong sekejap saja.
“Kenapa tak terus-terang saja cakap yang awak kena lari pergi stadium?” kata Syatilla berjenaka.
Selain diakui oleh peminat dan pengikut yang mendakwa Sam dan atlet Uzbekistan tersebut ada persamaan, rakan-rakan selebriti juga hadir di ruangan komen Instagram mereka dengan pengakuan yang sama.
Antara yang merasa lucu dengan perkara tersebut ialah Catriona Ross, Riz Amin, Ayda Jebat, Azad Jasmin, Hairul Azreen, Sharnaaz Ahmad, Adam Shahz, Pablo Amirul dan Radin.
Kakak kepada Sam, pelakon Zizie Ezzate juga tidak ketinggalan menulis di ruangan komen di Instagram Syatilla dan memberitahu bahawa anaknya, Aadam Aaleph turut melihat Sam persis atlet Uzbekistan tersebut.