Cerita Raisuddin, 65, rasa sedih dan pilu makin membuak-buak selepas dia berkunjung ke pusara Sarah untuk memasang batu nisan.
“Pada sebelah pagi saya ke kubur pasangkan batu nisan untuk dia.
“Ketika nak pasang tu saya tengok nama pada batu… masa tu saya rasa terkedu mengenangkan dia dah tak ada.
“Batu nisan ni untuk dia, sepatutnya dia yang pasangkan batu nisan saya,”
Raisuddin ditemui pada majlis tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.
Turut diadakan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsu Siti Sarah dan Shuib iaitu Ayash Affan yang kini berusia hampir tiga bulan.
Hak Saya Merindui Siti Sarah – Shuib
Genap 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah, Shuib Sepahtu enggan menghiraukan skeptikal segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya terus membuat perkongsian tentang arwah isterinya dalam media sosial.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, menjelaskan, media sosial bukan sekadar tempat meluahkan perasaan, bahkan platform yang boleh meneruskan doa-doa baik buat seseorang, khususnya insan tersayang.
“Semua orang ada kehidupan masing-masing sebab media sosial bukan tempat untuk meluahkan perasaan semata-mata.
“Kadang-kadang saya terfikir juga, mungkin menerusi perkongsian itu orang baca dan akan sampai lagi doa-doa dan al-Fatihah untuk dia,” jelas Shuib.
Majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash disempurnakanoleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman. Menurut Shuib juga, merindui dan mengingati Siti Sarah juga adalah haknya.
“Kalau orang kata saya tak boleh move on dengan pemergian Siti Sarah, saya pun tak boleh nak kata apa. Saya pun tak tahu bila saya akan move on atau tidak. Biarlah orang nak cakap apa,” jelas Shuib ketika ditemui Kosmo! Online usai majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak bongsunya, Ayash Affan disempurnakan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.
Pada majlis sama, turut diadakan majlis tahlil 100 hari untuk arwah Siti Sarah.
Ditanya tentang kondisi emosinya, Shuib juga mengakui menangis dan terganggu emosi setiap kali terkenang arwah isterinya yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu.
Usia Ayash Kini Sudah Mencecah Tiga Bulan
“Anak-anak okey cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh move on dan senang menangis apabila teringat dia.
“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak move on, tapi perasaan saya ada dia saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.
“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Memang sedihlah.
“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.
Selain itu, Shuib turut berkongsi tentang keadaan fizikalnya yang kelihatan semakin susut akibat hilang selera makan sejak pemergian isterinya.
“Ya, saya kurang makan sebab tak ada selera. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, pada pukul 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang, makan bila lapar saja, itu yang badan susut sikit. Susut dan hitam sebab saya akan main golf untuk lupakan sekejap pasal Sarah, tapi bila balik rumah, tetap teringat,” katanya.
Sementara itu, bapa mertua Shuib, Raisuddin Hamzah berkata, pada hari ke-100 pemergian Siti Sarah, dia sekali lagi menunaikan tanggungjawab sebagai bapa dengan meletakkan batu nesan ke pusara satu-satunya anak perempuannya itu.
“Pagi tadi, saya selesaikan memasang batu nisan ke pusara dia. Kalau orang kampung, kita panggil ‘turunkan batu’. Semasa tengok nama Siti Sarah di batu nisan, saya rasa macam tak percaya.
“Rasanya, patutnya terbalik, patutnya anak yang pasang batu nisan untuk ayah. Tapi itulah hakikatnya dan saya reda,” ujar Raisuddin.
Seperkara lagi, Shuib sendiri tidak sanggup barangkali tidak cukup kuat untuk meletakkan batu nisan yang tertulis nama Siti Sarah ke pusara yang dikunjunginya hampir setiap minggu itu.
“Tak, saya tak boleh buat tetapi saya ada cari dan kutip batu sungai untuk diletakkan di pusara Sarah,” katanya menutup perbualan.