in ,

Seleksi Program Menarik & Wang Tunai Untuk Dimenangi Di Suria FM Ramadan Raya Ini!

Paling dinantikan, Muzik Video Lagu Raya dan Drama Pendek Raya Suria!

Sentiasa berusaha dalam menyediakan pengisian terbaharu dan menarik, Suria memperkenalkan rangkuman program berbentuk ilmiah, hiburan, drama pendek dan juga peraduan menarik sempena Ramadan Raya ini yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM atau juga boleh disaksikan di platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran Youtube SuriaTV  serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).

Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Ramadan dan Raya ini. 

“Disebabkan kita masih terkesan dengan Covid-19 tahun ini, Suria mengekalkan tema yang sama seperti kempen Ramadan Raya kami tahun lalu iaitu “Sebarkan Kebaikan, Kongsi Kegembiraan – Suria Bersama Anda” sebagai tanda keprihatinan kami terhadap pendengar setia Suria selain memberi semangat untuk maju ke hadapan berkongsi nilai positif sesama kita,” kata Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid ( DJ Lin ). 

Tambah DJ Lin lagi, kali ini Suria bukan sahaja menyajikan pengisian yang terbaru dan menarik dan menghiburkan malah turut menganjurkan beberapa peraduan yang membolehkan pendengar Suria memenangi sejumlah wang tunai! 

Antara pengisian sempena Ramadan dan Raya di Suria adalah:- 

MV Suria - Kembali Raya (1)

Lagu dan Muzik Video Raya ‘Kembali Raya’ 

Selepas lagu raya ‘Segalanya Lebih Bermakna’ Suria kembali tampil dengan lagu dan muzik video lagu raya terbaru berjudul ‘Kembali Raya’ yang berkisarkan tentang kemeriahan hari raya dan nikmat berkongsi kegembiraan.

Dengarkan nyanyian penyampai-penyampai Suria dan saksikan mereka dalam muzik video yang akan ditayangkan di kesemua platform Suria FM. 

Klik di sini untuk menonton https://www.youtube.com/watch?v=QE5S0QOWycc

MV Suria - Kembali Raya (3)

Drama Pendek Raya Suria – Warung Konah  

Tarikh: 30 April 2021, 9.00 malam 

WARUNG KONAH merupakan iklan pendek terbitan Suria yang menceritakan  tentang  kejadian pelik di sebuah kampung dimana penduduk ‘diganggu’  BIDIN, seorang  lelaki misteri di kampung itu.

Kisah ini bermula apabila  kelibat Bidin dikatakan sering muncul secara tiba-tiba dan menghantui penduduk kampung. Maka bermula lah persidangan di Warung Konah. 

Seorang demi seorang menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan kelibat yang menyerupai Bidin. 

Persoalannya, mengapa Bidin menghantui penduduk kampung di penghujung Ramadan.? Apakah motif  utamanya ..? 

Semuanya dalam “ Warung Konah“  Raya ini….Gitchewwwww…

Katering Raya Suria

Kongsi memori raya anda bersama ibu tercinta dan menangi pakej katering raya bernilai RM650 dan wang tunai RM500! 

Muat naik video memori anda beraya bersama Ibu tercinta ke akaun Instagram atau Facebook sebelum 30 April ini berserta tanda pagar #KateringRayaSuria #SuriaRaikanIbu dan tag @suriamalaysia. Serta pastikan akaun media sosial Instagram atau Facebook anda tidak berada di dalam mod ‘private’. 

Sirah Anbiya 

Menyelusuri perjalanan para anbiya serta hayati dan pelajari pengajaran kisah sepanjang zaman 25 para Nabi dan Rasul bersama PU Azman dalam Sirah Anbiya bersama Suria FM & Makmur Gold. 

Tonton Sirah Anbiya di sini:

Biskut Suria 

Cipta resepi biskut anda sendiri dan rebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai RM4,500! 

Rakamkan video anda membuat Biskut Suria berdurasi tidak melebihi 3 minit dan muat naik video tersebut di akaun media sosial Instagram atau TikTok anda dengan hashtag #BiskutSuria #SuriaMalaysia #KongsiKegembiraan sebelum 30 April 2021. 

Menerusi video tersbut juga, ceritakan ciri-ciri istimewa Biskut Suria anda dengan gaya yang paling menarik, kreatif dan unik. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada biskut tersebut adalah ia mesti berwarna Jingga dan berinspirasikan unsur Suria. 

Pastikan akaun media sosial Instagram dan TikTok anda tidak berada di dalam mod ‘private’. 5 video yang menarik dan memenuhi kriteria akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang utama akan memenangi wang tunai RM1,000! 

Kaunter YBae Pah

Kaunter YBae Pah bersama Malaysia Relief Agency (MRA) 

Cahaya harapan kepada mereka yang memerlukan. Kaunter YBae Pah adalah satu initiatif tanggungjawab sosial korporat Suria untuk membantu golongan asnaf dan yang memerlukan sempena Ramadan ini. 

YBae Pah akan turun padang membantu mereka yang memerlukan pada 25 April dan 1 Mei ini dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat bersama Malaysian Relief Agency ini boleh ditonton menerusi Facebook Suria FM – https://fb.watch/55-zOSAgpL/. Mencari keberkatan dalam kebersamaan, Sebarkan Kebaikan Bersama Malaysian Relief Agency.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Perkenal Wajah Anak Kedua, Ada Sebab Pilih Nama Muhammad Afwa

Pek NJOI HD Terbaharu Tawarkan Pengalaman Tontonan Terhebat