in , ,

Seleksi Makanan Terbaik Di Selayang Yang Perlu Anda Cuba! Jom Singgah!

‘Pusing Selangor Dulu dan Nikmati Sajian Enak Sepanjang Sesi Pengembaraan Makanan Anda Di Selayang!

Tentunya, terdapat pelbagai tarikan menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Anda boleh melihat sendiri keunikan Negeri ini, termasuk elemen gastronominya yang dipengaruhi oleh pelbagai budaya dan tradisi. Justeru, Negeri Selangor telah menjadi destinasi pelancongan yang mengetengahkan bakat kulinari, memberikan pengunjung sebuah pengalaman gastronomi yang tidak akan mereka lupakan!

  • Sarapan Pagi di Nasi Lemak Ujang Corner

Nasi Lemak Ujang Corner ialah tempat sarapan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, menyajikan pelbagai hidangan termasuk rendang daging, kari daging, kari ayam dan ayam goreng. Menu nasi lemak yang enak di sini juga cukup digemari oleh pelanggan setempat mahupun luar.

Alamat : Jalan 2/16, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor.

Nasi Lemak Ujang Corner
  • Makan Tengah Hari di Restoran Kari Kepala Ikan SG

Jika anda sedang mencari lokasi untuk makan tengah hari di Selayang, bolehlah singgah ke Restoran Kari Kepala Ikan SG. Terdapat pelbagai jenis makanan untuk dipilih dan pilihan hidangan juga dipaparkan di kaunter untuk memudahkan pesanan anda. Tiada siapa yang dapat menahan aroma menggoda seperti kari kepala ikan, ayam pandan, kerabu mangga, serta menu pilihan lain. Selain itu, restoran ini juga menampilkan suasana yang mesra- pengunjung.

Alamat : 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Restaurant Kari Kepala Ikan SG
  • Minum Petang di The Rack Boutique Cafe

Jika anda mahukan hidangan yang berbaloi, The Rack Boutique Cafe adalah pilihan untuk minum petang yang anda perlu cuba. Ia bukan hanya menawarkan pelbagai hidangan, anda juga boleh memesan menu “shell out”, masakan barat dan pencuci mulut. Malah, hidangan dulang juga menjadi salah satu pilihan ramai pelanggan di sini, yang tentunya lebih berbaloi!

Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

The Rack Boutique Cafe
Golek-Golek Suasana Kampung
  • Makan Malam di Golek-Golek Suasana Kampung

Restoran ini menampilkan menu masakan Melayu, Cina, dan Barat. Antara yang paling popular ialah ikan bakar dengan sambal petai, udang galah gulai lemak, keli salai, dan sotong, lala, ketam, dan kerang. Ikan bakar menjadi menu pilihan pelanggan di sini, Rata-rata mereka berpuas hati dengan masakan, perkhidmatan dan keselesaan yang ditawarkan.

Alamat : Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, 68100 Selangor.

Daily Burger
  • Makan Lewat  Malam di Daily Burger

Daily Burger beroperasi sehingga pukul 3.00 pagi, jadi jika anda ingin dapatkan makanan pada lewat malam, mereka mempunyai beberapa pilihan yang menarik, seperti OG Burgers, yang disediakan mengikut cita rasa dengan tambahan bahan seperti kepingan nanas, yang menghasilkan rasa yang menarik. Selain daripada pilihan burger ayam dan lembu, terdapat beberapa pilihan patty seperti rusa, arnab, dan kambing.

Alamat : 3, Jalan SG 1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Selain dari tempat-tempat yang disenaraikan atas, Negeri Selangor mempunyai pelbagai lagi restoran dan tempat makan yang menarik yang perlu anda terokai terutamanya pada tahun 2022. 

Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia, justeru, apabila bercakap mengenai seleksi makanan di Negeri Selangor, ia bukan sahaja untuk memuaskan selera anda, namun juga bagi memenuhi perjalanan “Pusing Selangor Dulu!” anda yang tentunya mengujakan; jadi apa kata mulakan di Selayang?

Namun, bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu. 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Armpunk Sindicate Papar Isu Kesihatan Mental Dalam Lagu SETERU MU

Filem THE ASSISTANT Bakal Bertanding di 24th Udine Far East Film FestivalÂ