in

Selebriti Raikan Anak Yatim di Hotel Coronode KL

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ORANG KURANG BERKEMAMPUAN DAN ARTIS DI HOTEL CORONADE KUALA LUMPUR

Baru-baru ini, Coronade Hotel Kuala Lumpur telah mengadakan majlis berbuka puasa dengan niat murni untuk sama-sama menghayati erti Ramadhan, bukan setakat puasa dan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga turut menyumbang kepada mereka yg tidak mampu yang juga merupakan satu ibadat.

Seramai 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Nurhikmah Kajang di bawah pengurusan Tn. Hj Othman dan juga dua keluarga kurang berkemampuan iaitu keluarga pn. Fatimah Kamal dan Pn. Shahrul Bariah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan majlis bersama dengan artis-artis seperti Maria Farida, Fikree, Ryzal, Adeline Tsen, Reza Hasbi, Fizi Ali, Zoffi, Farith Talib, Fir Affandi, Wakaka Group dan AshFizam.

Walaupun Coronade Hotel Kuala Lumpur lebih kepada bidang perhotelan, namun mereka juga mengambil berat tentang kerja-kerja amal dan amat mengalu-alukan seandainya ada pihak yang berminat untuk berganding bahu bersama-sama untuk kerja amal tersebut. Terima kasih kepada Adabi, Jamu Mak Dara, Pearl Butik, Roy Busana Anggun, Jakel, Udiamonds dan juga Proton Kelab Malaysia yang sama berusaha menjayakan majlis ini.

Majlis ini akan menjadi acara tahunan bagi Hotel Coronade Kuala Lumpur. Meskipun hotel ini akan beralih ke jenama Hotel Royal Kuala Lumpur pada bulan November 2011 ini.

_DSC3795

_DSC3824

_DSC3964

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Watie Sadali dalam Drama Nur Ar Rahman Di TV2

Karyawan Sedia Platform Untuk Artis Berniaga