Tiktok Meraikan 2018: Para Pencipta Dari Malaysia Dan Antarabangsa Memeriahkan Parti Penuh Bintang.
Dihadiri oleh para pencipta TikTok paling popular dari Malaysia seperti Findy Yong dan Ai Wahida serta nama antarabangsa tersohor seperti Elina Karimova dari Korea Selatan selain Dinda Cassanova dan Tiara Adhelya dari Indonesia.
Menyambut tahun 2019 dengan penuh stail bersama para pencipta TikTok dan selebriti Malaysia.Bangsar dipenuhi suasana meriah bersempena Parti Akhir Tahun 2018 yang dianjurkan julung kalinya oleh TikTok, platform video pendek terkemuka dunia, disamping menyambut kehadiran tahun baru.
Berlangsung di APW Bangsar, parti tersebut dihadiri oleh ratusan peminat dan dihoskan oleh selebriti media sosial, Fashionboy MJ. Antara bintang terkenal yang menjadi tetamu acara termasuklah para pencipta TikTok paling popular di Malaysia seperti Findy Yong (Pencipta # 1 TikTok di Malaysia), Ai Wahida(pemenang 1 Million Audition), Nurul Nurizzati atau lebih dikenali sebagai Rose Nicotine(artis dan pelawak), dan adik-beradik Pong yang cukup berbakat, Jeiidan Gaston.
Antara para pencipta TikTok dari Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan yang mengambil bahagian di Parti TikTok
Para pencipta antarabangsa seperti Elina Karimova dan An Eunwoo dari Korea Selatan, juga Dinda Cassanovadan Tiara Adhelya dari Indonesia turut memeriahkan acara ini, yang turut dihadiri oleh bintang ternama Malaysia seperti Aiman Tino, Haqiem Rusli, Izzue Islam, Diana Danielle, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Sari Yanti, Zoey Rahman dan Kamal Adli.
Turut berlangsung, Anugerah Tahunan TikTok Malaysia yang sulung, di mana para pencipta yang paling berpengaruh menerima pengiktirafan untuk kreativiti dan bakat mereka. Peminat juga menikmati persembahan khas dari artis tempatan Aiman Tino dan Haqiem Rusli, selain pencipta TikTok tempatan seperti The Destiny Project, pemain diablo Wong Jun Long, pemain ziter Sara Hengdan ramai lagi.
“Kami gembira kerana TikTok merupakan salah satu platform media sosial yang paling pesat berkembang di Malaysia, di mana rakyat Malaysia adalah antara para pencipta dalam talian yang paling aktif,”
“Kami mahu mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan penghargaan kami kepada komuniti yang kreatif dan berbakat ini, serta mengulangi komitmen kami untuk menyediakan platform ekspresi diri buat pencipta dari Malaysia.”
– Pengurus Operasi TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei
TikTok 101 dengan Pencipta Tempatan
Terdahulu, pencipta tempatan mengambil bahagian dalam bengkel media eksklusif, yang mengetengahkan pengalaman mereka dengan aplikasi TikTok. Hadir di sesi tersebut, Ai Wahida dan adik-beradik Jeii dan Gaston Pong. Sesi tersebut bukan sahaja mempamerkan kecekapan mereka menggunakan aplikasi TikTok, tetapi juga pekongsian pengetahuan mereka dengan para peserta yang turut bersemangat. Para pencipta antarabangsa dari Indonesia dan Korea Selatan turut mengambil bahagian dalam sesi tersebut, menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Berkongsi pandangan sebagai pencipta, Jeii dan Gaston Pong berkata perjalanan mereka bersama platform tersebut merupakan satu rahmat buat karier mereka sebagai pengiat media sosial.
“TikTok memberikan saya platform untuk mengekspresikan diri saya secara berirama dalam menghasilkan muzik dan video tarian! Sewaktu kami mula mengenali TikTok, ia merupakan platform yang masih baru tetapi selepas beberapa kali mencuba, saya cukup pasti TikTok dapat membuka peluang kepada para artis dan penggemar untuk mendapatkan lebih banyak peminat!” kata Jeii. “Ia cukup memperkasakan, melihatkan rangkaian peminat TikTok saya yang berkembang melangkaui Malaysia, dan ia kekal menakjubkan apabila saya menerima komen positif peminat dari Korea, Taiwan, dan Vietnam,”
– Gaston Pong
2019 dilihat baik untuk TikTok
Sebagai sebuah komuniti global yang merangkumi 150 negara dan rantau di seluruh dunia, TikTok digunakan oleh jutaan pengguna setiap hari untuk mengekspresikan diri mereka melalui nyanyian, tarian, seni, dan banyak lagi. Di Malaysia, TikTok telah melancarkan kempen besar-besaran yang menerima sambutan baik seperti 1 Million Audition yang pertama, yang menerima tontonan lebih daripada 52 juta, dan kempen Big Mac McDonald yang menjana lebih daripada 9 juta tontonan.
Selain beratus-ratus juta video yang dijana oleh pengguna, platform ini telah menarik artis-artis terkemuka, melancarkan pengiat media sosial, dan menampilkan kandungan asal dari syarikat-syarikat hiburan terbesar. Bintang media sosial tempatan Jeii dan Gaston Pong merupakan antara mereka yang mendapat manfaat daripada TikTok sebagai platform untuk mempamerkan keupayaan mereka sebagai artis baru, dengan lagu sulung mereka bakal dilancarkan pada bulan Januari.
Mahu memulakan pengembaraan TikTok anda di tahun 2019 ini? Muat turun aplikasi TikTok melalui iOSatau Google Playuntuk bermula.