in , ,

Selebriti Popular Jayakan Program AMAL COVAiD #BAIKSEMULA Anjuran HOT FM

Platform radio Media Prima Audio (MPA) yang baru sahaja membuat penjenamaan semula baru-baru ini akan melancarkan inisiatif bersama platform kumpulan Media Prima untuk mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dengan menganjurkan Program Amal COVAiD #BaikSemula.

Program ini akan diterajui oleh Hot FM, bersama-sama dengan Buletin FM, Fly FM dan 8 FM beserta platform Media Prima Berhad yang lain bertujuan untuk mengumpul dana untuk para petugas barisan hadapan dalam perjuangan mereka melawan COVID-19. Program Amal COVAiD #BaikSemula ini akan menampilkan lebih daripada 30 artis terkemuka tanah air yang akan membuat persembahan dari rumah mereka sendiri.

Program ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada orang orang ramai supaya terus kekal duduk di rumah dan melihat persembahan sambil beramal menerusi dana yang disalurkan. Program Amal COVAiD #BaikSemula ini akan berlangsung menerusi akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September 2021, bermula 12 tengah malam selama 24 jam.

Barisan artis yang akan membuat persembahan termasuk penyanyi popular Malaysia seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Naim Daniel, Shila Amzah, Hujan, Yonnyboii, Bunkface, SonaOne, Masdo, Hael Husaini, Hazama and The Penglipurlara, Ara Johari, Amir Masdi, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri, Syamel, Kmy Kmo, Luca Sickta, Dolla, Zynakal, Shalma Eliana, Meer Nash, Faizal Tahir, Siti Nordiana, Tuju, Alif Satar & The Locos, Adrian, Adly, Erulxnaufa, Kael, Evie, Apex, Pasya (Mentor), Sissy Iman, dan Marsha Milan, juga, Jurulatih Kecergasan terkenal Jordan Yeoh. Di samping itu, program berbentuk keagamaan ataupun motivasi bersama Ustaz Elyas Ismail juga akan diselitkan bersama-sama program yang lain. 

Selebriti Popular Jayakan Program AMAL COVAiD #BAIKSEMULA Anjuran HOT FM

Orang ramai yang berminat untuk menderma boleh melakukannya melalui perbankan dalam talian atau membuat deposit ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP di nombor akaun (MAYBANK: 5141-0532-3170).

Orang ramai juga boleh menghantarkan slip transaksi yang telah dibuat dengan menyatakan COVAiD dalam e-mel mereka ke [email protected] untuk mendapatkan resit rasmi. 

Setiap sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membeli peralatan perubatan dan makanan serta keperluan harian untuk disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19 ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada frontliners atau petugas barisan hadapan yang telah berkorban dalam menangani Covid-19 ini.

Apa yang telah mereka lakukan sangat membanggakan kami dan negara. Inilah masanya untuk kami menunjukkan rasa berterima kasih dan memberi sokongan berterusan kepada mereka menerusi penganjuran Program Amal COVAiD #BaikSemula.

Oleh itu, marilah seluruh rakyat Malaysia, kita bersama-sama menyalurkan sumbangan ikhlas kepada tabung amal ini supaya dapat membantu petugas barisan hadapan dan mereka yang terkesan. Mari lah bersatu hati untuk BAIK SEMULA.”

Terus kekal bersama akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September 2021, bermula 12 tengah malam selama 24 jam.

MEDIA PRIMA AUDIO

Media Prima Audio menyasarkan untuk menjadi Penyiar Audio No. 1 di Malaysia menerusi ketiga-tiga vernakular (BM, Inggeris dan Cina) dengan menghasilkan kandungan yang terbaik yang sesuai dengan pendengaran rakyat Malaysia. Syarikat juga mendapat panduan daripada penyelidikan dan analisis berkala terhadap pasaran dan kumpulan sasaran kami, yang membolehkan kami untuk memahami kehendak pendengar dan pengiklan serta mengetahui bagaimana untuk melibatkan diri dalam memberikan informasi serta hiburan. Oleh itu, Media Prima Audio mewakili keempat-empat jenama radio dibawahnya – Hot FM, Buletin FM, Fly FM dan 8FM. Audio+ juga merupakan sebahagian daripada syarikat mewakili inisiatif pendengaran digital, di mana aplikasi sehenti ini menyokong keempat-empat stesen radio serta audio siar (podcast) dan kandungan menarik yang lain. 

HOT FM

Hot FM kini merupakan satu pusat untuk pendengar dapatkan pelbagai hiburan dan maklumat melalui kandungan yang lebih menarik, penceritaan yang lucu dan muzik yang lebih hangat. Dengan slogan baharu, Kini Lebih Muzik Yang Hangat, Hot FM menyasarkan interaksi dengan memfokuskan pendengar utama berusia 24 hingga 35 tahun dengan senarai lagu dan kandungan yang mampu menarik perhatian dan minat mereka. Hot FM sebagai sebuah jenama radio ingin dikenali sebagai sebuah stesen yang menghiburkan, topikal, nyata, terkini dan bertenaga sebagai DNA dalam jenamanya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di luar sana. 

BULETIN FM

Buletin FM membawakan kepada anda berita terkini dan analisis untuk memberikan penjelasan yang tepat dalam berkongsi maklumat, sekali gus memberi perkongsian cerita-cerita positif dan akan memainkan muzik yang dikenali ramai sepanjang hari sejajar dengan slogan barunya, Info Terkini dan Muzik Sepanjang Zaman. Menyasarkan pendengar yang luas berusia 30 hingga 39 tahun sebagai pendengar sasaran, Buletin FM pastinya akan menjadi sebuah jenama yang dikenali oleh pendengarnya sebagai sebuah stesen yang memberikan informasi yang terkini, boleh dipercayai, relevan, nyata dan positif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Yang Sebelum Ini Ditahan Tidak Didakwa di Mahkamah Kes Pemerdagangan Manusia

Ashira Kini Berhijrah, Sedang Belajar Untuk Berhijab