Apa yang membezakan selepas dua tahun, untuk kesian kalinya, Pengarah Syarikat Impact Music & Entertainment Puan Rahimah Sukor atau dikenali Emma Rockers penyanyi Rock 90an yang dulunya pernah bernaung di bawah Warner Music Malaysia, berasa bersyukur kerana dapat sekali lagi diberi kepercayaan dari pihak B5 Johor Street Market untuk menerajui program Ramadan dan membawa rakan rakan artis serta selebriti berniaga di lokasi tersebut.
Acara ini mungkin tidak menjadi nyata jika tiada kerjasama bersama pihak pengurus bangunan iaitu Puan Nurul Azwin Adnan. Dengan itu, peluang serta ruang yang diberikan oleh B5 Johor Street Market diharapkan dapat menyuntik semangat dan membantu rakan-rakan artis untuk memperkenal dan menjual barangan dan produk ekslusif mereka nanti.
Selain itu, pentas utama juga disediakan oleh pihak B5 Johor Street Market untuk memberi ruang bagi persembahan artis-artis. Ini sedikit sebanyak membangkitkan kemeriahan suasana Ramadan kali ini yang berkonsepkan Keluarga Malaysia.
Puan Rahimah Sukor (Emma Rockers) menjemput semua para pengunjung untuk datang ke acara ini. Selain dapat bertemu dan bergambar bersama Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Shahidah pada 8 & 9 April ini, pengunjung juga akan dihiburkan dengan kemunculan pengacara/pelakon/penyanyi Roslan Shah serta pelakon Beego dan isteri Linda Hashim yang akan turut serta menyerikan suasana.
Satu lagi acara tradisi bulan Ramadan, iaitu edaran B5 Bubur Lambuk akan diadakan oleh Pemadam Negeri Johor yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Exco (YB Tuan Ling Tian Soon) dengan kehadiran anak-anak yatim.
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Diva Fauziah Latiff yang akan bersama-sama bertemu mesra dengan anak-anak yatim di acara shopping Raya. Selain itu, mereka turut ditemani oleh artis muda Faiz Hazni (I Can See Your Voice Musim Ke-3) dan Yazid AF7.