in ,

Selebriti Popular Meriahkan Kempen Donate A Baju Raya ZALORA

Destinasi Fesyen Online No. 1 di Malaysia Menderma Untuk Amal

ZALORA, destinasi fesyen online No. 1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kejayaan program Program Kebajikan yang pertama untuk menyokong OrphanCARE Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur yang menyalurkan kasih sayang, penjagaan dan perlindungan keluarga kepada anak-anak yatim dan bayi yang diabaikan.

Dengan sokongan padu pelanggannya yang murah hati, aktiviti amal yang bermula pada 16 Julai 2012 berjaya mengumpul sumbangan RM10,000 dalam bentuk tunai. Di samping itu, pelanggan ZALORA juga menderma pakaian kanak-kanak kepada anak-anak yatim menerusi kempen ini.

(M) Lee Wee Jonn and (R) Johan Surani, the founders of Zalora Malaysia were giving the mock cheque to Tan Sri Faizah Mohd Tahir (L), the President of OrphanCARE

Aktiviti CSR yang dinamakan kempen ‘Donate A Baju Raya’ terdiri dari beberapa pilihan sumbangan untuk membolehkan pelanggannya membantu usaha amal ini. Dari 23 hingga 29 Julai 2012, potongan RM1 dari setiap pembelian yang dibuat dari ZALORA disalurkan ke tabung OrphanCARE.

Pelanggan juga boleh memilih untuk mendermakan wang tunai secara online menerusi zalora.com.my atau membeli pakaian kanak-kanak yang terpilih untuk didermakan sebagai baju raya untuk anak-anak yatim.

Majlis penyampaian cek telah diadakan di OrphanCARE Malaysia, di Kg Tunku, pada hari Selasa, 7 Ogos 2012. Pengarah Urusan dan Pengasas ZALORA Malaysia, Encik Leow Wee Jonn dan Encik Johan Surani menyampaikan replica cek kepada wakil OrphanCARE dan juga mengagihkan sumbangan baju raya dari pelanggannya kepada anak-anak yatim Kompleks Penyayang Bakti.

Selain sumbangan derma yang Berjaya dikumpulkan itu, kempen CSR ZALORA juga disokong oleh rakan niaga ZALORA– Dooodolls® dan Cupcake Chic.

L-R Darren Chen from Doodolls, Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Leow Wee Jonn, Johan Surani, Joanne Ho from Cupcake Chic

Dooodolls®, rangkaian produk gaya hidup dengan paparan watak dan rekaan Dooodolls® yang berwarna-warni dan unik, menyumbangkan 700 mainan kepada kanak-kanak Kompleks Penyayang Bakti. Diasaskan dan direka bentuk oleh Encik Darren Chen, setiap mainan Dooodoll® memaparkan watak unik dan comel, yang ternyata menarik minat kanak-kanak kecil yang hadir di upacara ini.

Turut teruja untuk menjadi sebahagian dari kempen amal ini ialah Cupcake Chic Sdn Bhd (http://www.cupcakechic.com.my/) menghadiahkan kotak berisi kek cawan yang cantik dan lazat kepada kanak-kanak dan para tetamu.

Joanne Ho, Pengarah Urusan Cupcake Chic Sdn Bhd berkata,

“Kami gembira menjadi sebahagian dari kempen amal ini dan kami harap kek cawan kami Berjaya mengukir senyuman di wajah setiap kanak-kanak.”

– Joanne Ho

“Kami terharu dengan sokongan daripada pelanggan kami yang tidak melupakan penyertaan sumbangan amal apabila membeli-belah di zalora.com.my. ZALORA Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah bermurah hati menderma menerusi kempen CSR kami, dan juga rakan kongsi kami, Dooodolls® Design Sdn Bhd dan Cupcake Chic Sdn Bhd diatas sumbangan mereka. Dengan usaha kami bersama ini, kami harap kami dapat menjadikan Hari Raya tahun ini lebih istimewa bagi kanak-kanak ini,”

– Leow Wee Jonn

“Disebabkan sokongan yang memberangsangkan, kempen CSR ZALORA Malaysia akan dilanjutkan hingga 19hb Ogos 2012. Dengan kejayaan kempen amal kami yang pertama ini, kami berharap untuk meneruskan usaha CSR kami bagi mewujudkan kesedaran dan membantu lebih banyak usaha amal pada masa hadapan,”

– Johan Surani

Pelakon terkenal, Sofia Jane dan Vanidah Imran serta personaliti TV popular Daphne Iking turut hadir untuk menceriakan kanak-kanak di OrphanCARE. Ketiga-tiga selebriti jelita ini menghiburkan mereka dan membahagi-bahagikan mainan Dooodolls® dan kek cawan Cupcake Chic kepada mereka.

Celebrities who attended the event to give support L-R Vanidah Imran, Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Sofea Jane, Daphne Iking
Mr. Leow Wee Jonn was giving out the goodie bags to the orphans
Celebrities and partners were giving out the goodie bags as well
Group photo with children from Kompleks Penyayang Bakti
One of the celebrities who attended the event, Daphne Iking

MENGENAI ZALORA
ZALORA Malaysia (http://www.zalora.com.my) adalah laman web membeli-belah yang paling pesat berkembang sebagai pusat membeli-belah alam maya di Malaysia. ZALORA Malaysia adalah sebahagian dari Kumpulan ZALORA dengan kehadiran serantau Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Taiwan dan Hong Kong. Ia semakin mendapat tempat di Malaysia melalui perkhidmatan tambah nilai yang hebat dan kepelbagaian katalog produk yang semakin meningkat.

KEUNIKAN ZALORA MALAYSIA
• Lebih dari 600 jenama tempatan dan antarabangsa, lebih dari 30,000 produk dari katalog yang luas yang terdiri dari pakaian dan aksesori wanita, lelaki, sukan, kanak-kanak, tradisional, produk kecantikan, dan barangan penghiasan rumah.
• PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH NEGARA .
• Polisi Pulangan PERCUMA 30 Hari
• Tempahan Telefon melalui nombor +60 (3) 2382 2208.
• Pembayaran secara tunai untuk jenama terpilih di Lembah Klang sahaja.
• Kaedah pembayaran yang selamat seperti Kad Kredit (Visa / Mastercard), Paypal, Online Banking (Maybank2u, CIMBClicks, MEPS), deposit tunai di cawangan bank danbanyaklagi.
• ZALORA Malaysia amat komited untuk terus memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan pengalaman beli-belah yang menyeronokkan kepada semua rakyat Malaysia.

lkuti kami di
Lamanweb:www.zalora.com.my
Facebook:http://www.facebook.com/ZaloraMalaysia
Twitter: http://www.twitter.com/ZaloraMalaysia

MENGENAI DOOODOLLS® Design SDN BHD
Segala-galanya bermula dari minatnya melakar watak khayalan. Minat yang begitu mendalam ini menimbulkan keinginan untuk menghidupkan watak ciptaannya, untuk dikongsi dengan kawan-kawan dan mereka yang tersayang.

Rantai kunci buatan tangan transformasi dari buku sketsanya sangat digemari oleh kawan-kawan dan keluarga Chen. Semua suka hasil kreatifnya dan mahukan lebih banyak lagi – dalam warna berlainan, bahan berlainan, dan saiz berlainan. Permintaan luar jangkaan itu amat memberangsangkan dan mendorong Chen menimbangkan dengan serius usaha menjadikan hobi kegemarannya satu perniagaan sepenuh masa.

Dengan lebih daripada 30 rekaan watak yang berlainan dan lebih banyak lagi diperkenalkan pada2011, setiap Dooodolls® mempunyai nama dan ciri-ciri yang unik. Namun demikian, kesemuanya berkongsi beberapa persamaan – kesemuanya comel dan mesra, tetapi nakal sedikit.

Kini, Dooodolls® adalah satu jenama, dengan watak aneh dilesenkan untuk produk dan tujuan yang berlainan – daripada buku nota dan alat tulis, hingga aksesori elektronik dan kandungan interaktif dalam talian dan telefon bimbit. Dalam melangkah kehadapan, pasukan Dooodolls® berhasrat untukmelancarkan anak patung kecil, siri animasi dan fesyennya sendiri untuk menunaikan permintaan daripada peminat setia!

MENGENAI CUPCAKE CHIC SDN BHD
Cupcake Chic adalah pengeluar kek cawan yang pertama dan terulung di Malaysia, yang memulakan perniagaan pada bulan Januari 2008. Sebagai jenama tempatan yang berkualiti tinggi, Cupcake Chic telah berkembang untuk menjadi nama yang popular dan terkenal di bandar raya Kuala Lumpur. Kami berbangga dengan ketinggian kualiti dan kepelbagaian produk, termasuk kek cawan, macaron, biscotti, minuman dan aneka pastri, yang setiap satu dihias indah dengan tangan dan kasih sayang. Sebagai Pemilik Francais yang baru berdaftar, Cupcake Chic sedang memulakan program pembesaran dan berharap untuk mengembangkan perniagaan makanannya yang lazat ke seluruh Malaysia dan kemudian, ke seluruh rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raya Travel Tips For Mobile Users

Bayi Rini AF7 Meninggal Dunia